Monday, August 28, 2006

Mengapa MCA takutkan Negara Islam?

Saya sedikit pun tidak berkecil hati atau keciwa apabila melihat yang MCA begitu takut dan benci pada konsep Negara Islam. Kita sebenarnya tidak boleh marah apabila pimpinan MCA menyatakan yang Negara Islam kiranya ditegakkan akan membawa:

DISASTROUS EFFECT ON FUTURE GENERATION

Membawa kesan buruk kepada generasi akan datang


Keratan akhbar THE SUN 28 Ogos 2006

MCA saya percaya memiliki kebimbangan itu kerana sejak 49 tahun lalu mereka berkawan dengan Umno. Umno lah yang mendidik dan memberikan gambaran Islam kepada mereka. Umno lah yang telah menggambarkan Islam kononnya sedemikian rupa kepada mereka.

Lalu kini bagi mereka Islam itu adalah satu ancaman kiranya ia dilaksanakan sebagaimana yang dianjurkan oleh junjungan kita yang dikasihi iaitu Baginda Rasulullah saw.

Kerana itu bagi mereka Malaysia ini sepatutnya kekal sebagai sebuan negara sekular, Islam jangan sekali-kali diletakkan sebagai Ad Deen sehingga menggugat kedudukan mereka . Kerana bagi mereka Islam sebagaimana yang diterangkan kepada mereka oleh Umno selama ini sekadar hanya agama ritual, yang cuma merupakan amalan orang Melayu Islam sesama mereka, pergi ke masjid, naik Haji, bayar zakat, nikah-kahwin, itu sahaja. Islam yang memerintah, Islam yang mentadbir, Islam yang lebih dari itu bukanlah Islam yang sesuai di Malaysia.

MCA jangan disalahkan kerana Umno mahu mereka berfikiran begitu.

Berlainan dengan masyarakat Cina yang bukan Islam di Kelantan. Dididkan PAS terhadap mereka berbeza. Tok Guru MB Kelantan mengajar mereka yang Islam bukannya ancaman. Islam kalau memerintah membawa rahmat, keadilan dan keharmonian kepada semua termasuk masyarakat bukan Islam.

Islam yang diajar dan diterangkan kepada masyarakat bukan Islam di Kelantan adalah Islam yang sebagaimana diturunkan oleh Rasulullah saw. Kerana itu masyarakat bukan Islam di Kelantan tidak merasa bimbang, tergugat ataupun terancam walaupun MB mereka adalah seorang Tok Guru yang memperjuangkan Islam.

Inilah bezanya, siapakah yang silap, siapakah yang salah, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di Hari Kemudian nanti?

No comments: