Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Thursday, December 01, 2005
Ahli Parlimen Umno cadang judi baru
Beliau adalah antara pemimpin Umno yang diambil tindakan kerana terlibat dalam politik wang semasa kempen pemilihan pucuk pimpinan Umno yang baru lalu.
Sebelum itu semasa PAS memerintah Terengganu beliaulah yang telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk memperolehi pengisytiharan mahkamah bahawa Enakmen Kesalahan Jenayah(Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Dan semalam di Dewan Rakyat ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim semasa membahaskan Bajet 2006 bagi Kementerian Belia dan Sukan telah mencadangkan pula agar satu loteri khas dianjurkan bagi memungut dana untuk menampung perbelanjaan aktiviti sukan tempatan.
Buat JUDI: Apa yang nak kita bimbangkan?
Semasa ditanya tidakkah perolehan dari aktiviti loteri ini nanti dikira haram beliau menjawab sebagaimana dilaporkan oleh The STAR hari ini:
What is more important is what we use the money for. Why are we afraid of doing it. Is it because of PAS? They only have six seats in Parliament. What are we afraid of?
Apa yang lebih penting adalah tujuan wang itu digunakan. Apa yang nak kita bimbangkan. Adakah (kita bimbang) kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Apa yang kita takutkan?
Demikianlah secara terang-terangan wakil Umno menelanjangkan sikapnya. Ini jelas membuktikan betapa Umno bersedia melakukan apa sahaja demi menjayakan cita-citanya, walaupun perkara itu bertentangan dengan hukum dan kehendak Islam.
Loteri adalah sejenis aktiviti perjudian sebagaimana Magnum Empat Nombor Ekor, Sports Toto, Bigsweep dan lain-lain yang telah dilesenkan oleh kerajaan pusat di bawah Umno sebelum ini. Tidakkah wakil dari Kota Bharu yang mewakili sebahagian besar umat Islam para pengundi Kota Bharu itu tidak tahu atau tidak sedar bahawa JUDI itu haram disisi Islam?
Kenyataan beliau membuktikan betapa jahilnya seorang pemimpin Umno. Yang mengharamkan judi itu bukannya PAS tetapi Allah swt. Yang sepatutnya kita takut dan bimbangkan adalah laknat dan hukuman dari Allah swt.
Berdasarkan kenyataan beliau itu juga kita dapat melihat betapa pentingnya perlu ada wakil dari PAS (yang mewakili suara Islam) yang berani menyuarakan yang hak dan menentang yang batil berdasarkan al Quran dan as Sunnah walaupun diperingkat tertinggi, walaupun dibenci oleh mana-mana pihak.
Mudah-mudahan para pengundi di DUN Pengkalan Pasir termasuklah ahli-ahli Umno sekalian akan mengambil maklum hakikat ini. Kerana itulah pentingnya kita ini dipandu dan dipimpin oleh kerajaan yang sentiasa sensitif dan memelihara ketinggian dan kebesaran hukum dan peraturan Allah swt. Ingat yang kita mahu adalah HASANAH bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat tempat kembali kita semua.
Teruslah bersama-sama kepimpinan ulamak, Membangun Bersama Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment