Cadangan kasino di Pulau Pinang
Pulau Pinang memang terkenal dengan pelbagai tarikan yang sukar didapati di negeri-negeri lain. Jambatan Pulau Pinang, Feri Pulalu Pinang, Nasi kandar, Bukit Bendera, Pantai Batu Feringghi, Padang Kota adalah antara beberapa tarikan yang unik pada Pulau Mutiara ini.
Dan sudah pastilah keindahan semulajadi Pulau Jerjak kini semakin menjadi sebutan dan tumpuan. Pulau yang satu ketika merupakan tempat tahanan banduan dan penjenayah berat itu kini telah dimajukan dan dibuka kepada orang ramai dengan pelbagai tarikan semulajadinya. Anda hanya perlu menaiki feri khas selama 5 minit perjalanan dari Terminal Feri Jerjak, Pulalu Pinang untuk sampai ke pulau ini.
Saya terpanggil untuk menulis berkenaan pulau ini kerana kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai parti GERAKAN kini sedang menimbangkan beberapa idea dan cadangan bagi menarik lebih ramai lagi pelancong untuk mengunjungi pulau ini.
Saya sendiri cuma terserempak dengan salah satu idea itu pagi ini, dan berhasrat berkongsinya dengan para pengunjung BLOG ini.
Dalam liputan khasnya berkenaan pulau ini akhbar THE STAR semalam menerbitkan satu artikel bertajuk:
Restricted casino worth a gamble says assemblyman
Kasino yang terhad wajar dipertimbangkan kata ADUN
Rupa-rupanya salah satu cadangan yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri GERAKAN adalah mendirikan sebuah kasino ataupun pusat perjudian di Pulau Jerjak!
Idea ini menurut laporan dilahirkan oleh bekas Presidennya dan juga bekas KM Pulau Pinang yang dikira Sifu GERAKAN iaitu Tun Lim Chong Eu. Kata Chong Eu membina kasino kelak akan lebih menguntungkan dari berbelanja duit untuk promosi pelancongan semata-mata. Dalam erti kata lain dengan adanya kasino kelak bukan hanya akan menyaksikan peningkatan jumlah pelancong yang hadir malah kerajaan negeri akan memperolehi keuntungan langsung melalui pelbagai jenis cukai yang boleh dikenakan.
Apa agaknya pandangan masyarakat Islam Pulau Pinang?
Menurut ADUN Pantai Jerjak Wong Mun Hoe (BN:Gerakan), dengan pembinaan kasino ini bukan bermakna kita menggalakkan perjudian tetapi berhasrat menarik para pelancong untuk datang.
Yang kita tahu kasino itu adalah pusat perjudian, maka membinanya bermakna merestui perjudianlah, merestui perjudian dengan maksud meraih keuntungan dan menggalakkan kehadiran pelancong bermakna menggalakkan perjudian. Wong tak perlulah berdolak-dalik dalam hal ini, kalau kerajaan negeri membina kasino maka secara langsung kerajaan negeri menggalakkan perjudian FULLSTOP.
Dan rupa-rupanya juga kerjaan neeri GERAKAN melalui Majlis Tindakan Pelancongannya telah pun menjalankan survey terbuka bagi mengukur pandangan orang-ramai berkenaan cadangan-cadanganb pembangunan untuk pulau ini. Menurut akhbar yang sama setakat Disember 12 ini:
28 peratus ataupun 853 responden menyokong pembinaan kasino
27 peratus ataupun 811 responden mahukan eco tourism
26 peratus ataupun 784 responden mahukan taman tema air dan
19 peratus ataupun 570 responden mahukan zoo dan taman safari
Hari ini dalam akhbar THE STAR juga dalam ruangan surat dari pembaca seorang penulis mempertikaikan mengapa cadangan pembinaan kasino ini perlu ditentang. Kata beliau:
We have government approved gaming operators operating draws four times a week. Why arent there objections to them? Penang has not been moving for the past 15 years. Please do something positive and up to date so that we can start moving ahead.
Kita ada para pengusaha perjudian yang diluluskan oleh kerajaan yang menjalankan kegiatan cabutan judi empat kali seminggu. Kenapa tiada bantahan terhadap mereka? Pulau Pinang sudah ketinggalan sejak 15 tahun kebelakangan. Harap lakukan sesuatu yang positif dan terkini untuk memajukannya.
Apa pandangan pemimpin politik Melayu Islam Pulau Pinang? Umno bagaimana? PAS bagaimana? Para NGO bagaimana?
Jangan sampai kelalaian kita mengakibatkan lahir pula satu lagi pusat maksiat setelah kemungkaran kasino Genting gagal kita benteras sehingga hari ini. Bersuaralah dan pertahankan maruah Islam wahai saudara-sauadaraku anak Pulau Pinang!
No comments:
Post a Comment