Kongres Kepentingan Bangsa:
Apabila bangsa sendiri tak ambli peduli
Atas inisiatif pelbagai pihak yang melibatkan lebih 100 NGO Melayu, Kongres Kepentingan Bangsa, bertemakan:
Gagasan survival bangsa: Menebus kehilangan, mengisi masa depan
telah diadakan selama dua hari di Kampus UTM Jalan Semarak hujung minggu lalu.
Matlamat utama kongres ini adalah untuk memastikan bahawa dasar-dasar kerajaan yang akan dilaksanakan terutama Rancangan Malaysia Ke 9 mesti memenuhi kehendak bangsa Melayu. Khususnya pelaksanaan kembali Dasar Ekonomi Baru dengan kaedah dan strategi baru yang dapat memperbaiki perlaksanaan dasar tersebut bagi memastikan matlamat yang hendak dicapai dapat direalisasikan agar kepentingan bangsa dapat dipelihara dengan sewajarnya.
Seramai kira-kira 1,000 orang peserta dilaporkan hadir dan diantara tokoh-tokoh poltik, akademik dan korporat Melayu yang turut hadir adalah:
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, bekas Naib canselor UTM Tan Sri Ainuddin Wahid, Dr Mohd Nor Manuty, Tan Sri Arshad Ayob, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Prof. Dr Shahril Mohd Zain, Datuk Omar Mohd Hashim, Ketua Ekskutif Johor Corporation Tan Sri Ali Hashim, Tan Sri Ramli Kushairi,bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Rahman Arshad,bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Hassan Ahmad,bekas Pengerusi Ekskutif Utusan Melayu Tan Sri Khalid Abdullah, Pengerusi Malaysia Airport Berhad Tan Sri Bashir Ismail disamping wakil parti –parti politik termasuklah Dr Rosli Yaakob dan Hj Mahfuz Omar dari PAS.
Diakhir persidangan kongres telah meluluskan lapan resolusi ekonomi, tujuh resolusi pendidikan dan 14 resolusi sosiobudaya.
Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah berkenaan liputan yang diterima oleh kongres yang bersidang dengan matlamat kepentingan bangsa Melayu itu, bangsa terbesar dalam negara Malaysia yang merdeka ini.
Gambar dari malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/fotos/Kongres_Kepentingan_Bangsa/index.html
Saya perhatikan antara media yang memberikan liputan samada menyeluruh ataupun ringkas berkenaan kongres penting ini adalah Malaysiakini (laman BM), Malaysia Today, Harakahdaily, Perakan dan Agenda Daily. Media saluran perdana samada TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak memberi liputan yang sepadan. Mingguan Malaysia semalam adalah memberikan liputan kecil, terlalu kecil berbanding masalah AIDS dan ketuk-ketampi bogel yang lebih mendapat perhatian mereka.
Soalnya apakah yang lebih penting selain nasib dan masa depan bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri? Kita bukannya bertujuan meniup api perkauman, namun ianya merupakan satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yan terbesar dan dominan dalam negara ini yang asalnya pun dipanggil Tanah Melayu.
Saya kagum melihat kongres ini dengan berani melahirkan resolusi yang benar-benar mencerminkan kekurangan yang perlu dilengkapi bagi memastikan kelangsungan survival bangsa ini disamping keperluan-keperluannya yang mendadak. Antaranya:
menggesa kerajaan mengguna semula Bahasa Malaysia (BM) sebagai pengantar pengajaran Matematik dan Sains, mengembalikan bantuan sekolah agama rakyat ISAR) dan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Resolusi kongres turut menyentuh:
mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/ Rizab Melayu di seluruh negara. Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi penjana yang bertanggungjawab melahirkan usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak. Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan lain-lain bidang.
Resolusi penuh sila ke : http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=2510
Mengapa kongres ini tidak diambil peduli oleh akhbar-akhbar dan saluran media Melayu? Mengapa tokoh-tokoh politik dari parti Melayu umpama Umno tidak turun dan memberikan sumbangan (selain Datuk Zainal, Ku Li sendiri dan Datuk Suhaimi Ibrahim)?
Disaat membincangkan agenda sepenting ini, kita sepatutnya mengenepikan perbezaan politik, perbezaan peribadi dan duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi demi mencerminkan kesatuan dan perpaduan bangsa. Kita perhatikan bangsa lain boleh duduk bersama contohnya apabila membincangkan darihal nasib dan masadepan bahasa ibunda mereka, tetapi kita tidak boleh.
Saya menjangkakan pasti akan ada juga mereka yang CYNIC dan SKEPTIC yang akan mengatakan ini perhimpunan bangsa, saya tidak berjuang untuk bangsa maka saya tidak pedulikan kepentingannya. Apa pun suka tak suka, hakikatnya, lenyap bangsa Melayu maka dengan sendirinya akan lenyaplah Islam di tanahair ini.
Sehubungan dengan itu saya tertarik dengan respon Ku Li apabila ditanya mengapa ramai yang SHY AWAY atau pandang dingin pada kongres ini:
Beliau berkata orang Melayu terlalu penakut sehingga tidak mampu untuk menentukan masa depan sendiri dan ini menyebabkan mereka menyandarkan harapan kepada orang lain. Bukan sahaja rakyat takut, tetapi pemimpin juga takut berjuang mempertahankan hak mereka kerana bimbang mereka tidak mendapat jawatan dan kontrak. Saya tidak tahu apa akan berlaku kepada orang Melayu 50 tahun akan datang jika mereka terlalu mengharapkan orang lain termasuk kerajaan.
Insaflah wahai bangsa ku.
Sementara itu Malaysiakini ada melaporkan bahawa Presiden Gerakan Lim Keng Yaik dipetik oleh akhbar Cina THE CHINA PRESS sebagai menyatakan bantahannya terhadap ucaputama Ku Li dalam kongres tersebut. Kata Keng Yaik:
Malaysia is not a Malay country, not a Chinese country. Its also not an Indian, Kadazan, Iban country. Malaysia is a Malaysians country, everyone should be looked after under the constitution (kerana kita dah pandai Inggeris lantaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa tersebut maka terjemahlah sendiri!)
No comments:
Post a Comment