Thursday, December 22, 2005

Jenazah Allahyarham Koporal Mohammad a.k.a Moorthy
akan dikebumikan esok

TERKINI. Alhmadulillah jenazah Allahyarham Koporal Mohammad Abdullah atau juga dikenali sebagai Moorthy insyallah akan dikebumikan esok menurut hukum syarak.



Perintah mahkamah ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah hakimnya Mahyuddni Ibrahim mendengar permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah memohon perintah untuk mengkebumikan jenazah Allahyarham yang kini disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah ianya turut dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan mengikut adat Hindu iaitu agama asalnya.

Adalah difahamkan mahkamah mengeluarkan perintah tersebut setelah berpuas hati dengan dokumen dan fakta relevan yang telah dikemuka dan dihujahkan oleh peguam MAIWP.

Menurut sumber pihak JAWI dengan kerjasama polis akan menuntut mayat Allahyarham esok pagi sekitar jam 8.00 untuk segera disempurna dan dikebumikan.

Sekalung tahniah kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pihak Kor Agama ATM (KAGAT) kerana bertindak tegas dan pantas untuk menyelamatkan keadaan dan sekaligus membela dan mempertahankan maruah agama

Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham itu, Al Fatihah.

No comments: