Thursday, December 15, 2005

Bendera ISRAEL berkibar megah di PWTC

Saya baru sahaja melalui persimpangan Jalan Kuching menuju Jalan Tun Razak sebentar tadi. Kesesakan lalu-lintas biasalah waktu ini di KL.



Sejurus lalu di hadapan PWTC saya perasan yang salah satu bendera yang sedang berkibar megah di bangunan milik Umno itu adalah bendera Israel. Saya cuba merakamkannya melalui kamera tetap gagal kerana berada dalam kereta.

Saya percaya kalau ditanya pemimpin Umno akan ada sahaja alasan yang munasabah. Apa pun bagi saya mengibarkan bendera sedemikian bermakna memberi izin ataupun restu serta mengiktiraf pula negara haram Yahudi itu.

Tahniah Umno kerana berani menzahirkan pendirian mu.

(saya akan cuba dapatkan gambarnya atau kalau ada kawan-kawan yang berkesempatan merakamkannya bolehlah kirim ke email saya).

No comments: