Friday, December 23, 2005

Hari Jumaat yang gelap untuk Islam!

TERKINI. Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan INJUCTION, perintah menahan mayat Allahyarham Muhammad a.k.a Moorthy dari disempurna dan dikebumikan oleh pihak JAWI.

Perintah tersebut telah dipohon oleh isteri dan keluarga Moorthy yang masih beragama Hindu.

Gelaplah masa depan Islam jika begini lakunya?!! Sebagai seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam saya merasa begitu terkilan, sedih dan begitu malu sekali. Mana duduknya wibawa mahkamah syariah sekiranya bab berkenaan umat Islam sendiri tidak dapat dibela dan dipertahankannya.

Siapakah yang menanggung dosa penagguhan urusan jenazah ini?

PEMBETULAN

Mahkamah Tinggi (Sivil) TIDAK mengeluarkan INJUNCTION. Akan tetapi keputusan untuk tidak menyerahkan mayat kepada pihak JAWI dan ATM dibuat oleh Pengarah HKL apabila pihak keluarga dan isteri Allahyarham yang masih beragama Hindu telah membantah dan enggan memberikan keizinan.

Pengarah HKL Dr Azmi Shapie dilaporkan berkata:

Perkara ini di luar bidang kuasa HKL dan memandangkan tidak ada kata sepakat antara pihak-pihak yang menuntut jenazah tersebut, adalah lebih baik kita tunggu sehingga keputusan Mahkamah Tinggi. Berdasarkan beberapa dokumen iaitu keputusan Mahkamah Syariah dan juga permohonan kepada mahkamah sivil (oleh keluarga Moorthy), serta rayuan keluarga, adalah lebih baik mayat tidak diserahkan sehingga kes dibicarakan.

Saya tidak pasti apakah Pengarah HKL memiliki kuasa sedemikian. Tetapi yang pastinya mahkamah cuma akan bersidang pada 29 haribulan Disember ini iaitu hari Khamis bermakna mayat Allahyarham terpaksa menunggu kira-kira 1 minggu lagi sebelum diputuskan samada dikebumikan cara Islam ataupun dikerjakan mengikut adat Hindu.

Apa pun saya merasakan perkara ini sudah berlarutan terlalu lama dan pihak yang berkenaan telah mengambil sikap dan pendirian yang didorong oleh emosi semata-mata.

Sedar tak sedar keputusan Pengarah HKL itu sebenarnya telah menghina keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. Saya berdoa semoga keputusan beliau itu bukannya atas tekanan menteri beliau (yang akan menambah kusutkan lagi isu ini).

BERNAMA melaporkan suasana tegang di luar bilik mayat HKL.

Saya percaya kiranya pihak JAWI dan ATM diberikan kebebasan menyempurnakan mayat si mati siang tadi pasti suasana tegang dapat dikawal.

Membiarkan kes ini berlarutan bermakna membiarkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati membara dan membakar untuk seminggu lagi. Dan dalam hal ini Pengarah HKL perlu memikul risikonya.

Kesimpulannya bagi saya hari Jummat ini tetap hari yang gelap untuk Islam!

No comments: