Gambar bogel kontroversi rupanya bukan gambar warga Cina
Berita terbaru dari web MALAYSIAKINI menyebut bahawa Suruhanjaya Khas yang menyaisat kes KETUK KETAMPI BOGEL telah mendapati bahawa wanita yang terbabit dalam kes sensasi itu sebenarnya adalah gadis Melayu dan bukan warga Cina.
Oleh itu apa ceritanya sekarang?
Isu yang digembar-gemburkan kononnya gadis warga Cina yang ditangkap telah dipaksa ketuk-ketampi dalam keadaan bogel dan dirakam pula oleh pihak tertentu. Akibat dari keriuhan isu tersebut ketika itu secara spontan PM telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri agar ke Negeri Cina untuk memohon maaf bagi pihak kerajaan Malaysia.
Dan hari ini rupa-rupanya gadis yang dimaksudkan bukannya warga Cina tapi gadis Melayu warganegara Malaysia!
Saya tidak bermaksud membela tindakan pihak polis itu, kerana bagi saya tindakan sedemkian adalah BARBARIC dan tidak berperi-kemanusiaan.
Apa yang saya mahu bangkitkan adalah tindakan terlalu pantas kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini. Memang ada kes warga Cina yang ditahan polis. Mereka itu pun telah membuat laoran polis terhadap penahanan mereka. Dan mereka menuduh bahawa pihak polis telah memaksa mereka berbogel dan dikenakan ketuk-ketampi dalam keadaan demikian.
Tetapi hari ini dibuktikan tubuh dalam rakaman itu bukanlah mereka tetapi seorang gadis Melayu?
Bermakna belum tentu lagi segala pertuduhan warga Cina itu terhadap pihak polis berasas ataupun tidak. Bermakna dalam hal ini belum pun proses keadilan berjalan, kerajaan Malaysia telah gusar dan bertindak mendahului proses tersebut.
Betullah kita mengharapkan sangat kehadiran pelancong dari Cina, tetapi perlukah kita bertindak sedemkian rupa semata-mata untuk mengejar keuntungan dan kini terbukti tak tersabit pun lagi pertuduhan yang dilemparkan.
No comments:
Post a Comment