Saturday, December 17, 2005

Bila PM dan TPM tak tahu, siapa yang tahu?

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan dua tokoh terkanan, Ketua Eksekutif dalam negara. Merekalah teraju negara, merekalah nakhoda yang mengemudi bahtera negara merentasi dan membelah gelombang dan arus lautan dunia.

Pada merekalah terletak nasib dan masa depan negara.

Dalam hal itu kalau umpamanya seorang Ketua Eksekutif sebuah syarikat korporat tidak maklum atau tidak tahu-menahu darihal perjalanan dan operasi syarikatnya, kecenderungan syarikat itu untuk mengalami kerugian, ditipu, diselewengkan atau ditawan oleh pihak lain samada angkara orang dalam ataupun luar sangatlah besar.



Demikianlah juga lebih besar dan lebih penting lagi jawatan PM dan TPM.

Lalu apabila TPM Najib Tun Razak mengakui melalui akhbar-akhbar tempatan hari ini bahawa beliau dan PM tidak tahu asalnya wanita yang terlibat dalam insiden kontroversi ketuk-ketampi bogel itu bukannya wanita warga China, pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran negara.

Akhbar NST melaporkan:

Even though initially the PM and I had thought the woman was a Chinese national, and later she turned out to be a Malaysian

Walaupun pada awalnya PM dan saya berpandangan bahawa wanita terbabit adalah warga China dan kemudiannya diberitahu bahawa beliau sebenarnya rakyat Malaysia.

Siapakah yang menasihati PM dalam hal ini? Siapakah yang memberikan idea awal kepada PM dan TPM bahawa wanita itu adalah warga China?

Sebagai rakyat Malaysia kita malu melihat Menteri kita bergegas (atas arahan PM) mengunjungi Republik Rakyat China dan memohon maaf kepada pimpinan Kominis China, yang kononnya menyangkakan bahawa wanita yang terbabit dalam insiden tersebut, yang gambar rakamannya tersibar luas oleh agensi beruita dunia, adalah rakyat China.

Apakah yang mendorong PM mengeluarkan arahan sedemikian kepada Menteri berkenaan?

Ada pihak yang mengatakan bahawa atas sebab-sebab politik, kerana ketika itu kempen di Pengkalan Pasir sedang berlangsung hangat, pihak-pihak tertentu sengaja menyembunyikan fakta bahawa wanita terbabit sebenarnya berbangsa Melayu, bimbang Umno akan diserang kerananya.

Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab menyembunyikan fakta itu?
Sehubungan itu Najib berkata pengajaran terbesar yang diperolehi dari insiden ini adalah bahawa penting dan perlunya hak asasi semua rakyat dalam negara ini dijamin (walaupun ianya telah dikorbankan semasa Tian Chua diseret ke trak polis dan dibelasah pula di dalamnya sebelum pun memulakan demonstrasi secara aman, satu amalan hak asasi universal, hanya beberapa hari lampau).



Bagi saya pengajaran terbesar dalam insiden ini adalah, di sana terdapat kuasa dan kumpulan serta individu yang sebenarnya lebih besar dan berpengaruh dari PM. Mereka lebih tahu dan mereka tidak ambil pusing samada PM tahu ataupun tidak, yang pentingnya agenda mereka terbela. Siapakah mereka itu? Mungkin kena tanya Najib?

No comments: