Rupanya wanita Melayu yang ketuk ketampi
Akhbar NST memaparkan tajuk:
Malaysian and Malay not Chinese
Melayu Malaysia bukan Cina
Akhbar The STAR:
Shes Malay/ Dia Melayu
Saya rasa isu ini kini telah membongkarkan beberapa rahsia dan niat tersembunyi beberapa pihak yang selama ini terpendam dan tidak dirasai. (saya tak tahu tentang anda tetapi saya merasakan bila membaca akhbar-akhbar ini seolah-olah: ohhh gadis Melayu rupanya, ahh tak mengapa)
Bukankah asalnya kes ini kononnya dikatakan melibatkan warga Cina? Sehingga tanpa banyak usul periksa PM boleh arahkan Menteri Dalam Negeri bergegas ke Beijing untuk memohon maaf di atas sikap BARBARIC anggota polis Malaysia demi memelihara hubungan baik antara kedua negara.
Sebelum saya pergi lebih panjang sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa pihak polis Malaysia atau mana-mana badan yang berkuasa menahan orang termasuklah Imigresen, Kastam, Jabatan Agama tidak berhak sekali-kali menghina atau memalukan para tahanan tanpa mematuhi peraturan yan sedia terpakai. Tidak kiralah samada ia warga Cina, India, Indonesia, rakyat Malaysia siapa sekalipun.
Berbalik kepada isu di atas saya merasakan pertama:
PM sesungguhnya telah jatuh pada tekanan parti-parti politik Cina khususnya DAP dan MCA apabila isu ini terdedah dengan percaya bahawa kes ini benar-benar melibatkan warga Cina. Saya tidaklah bermaksud memainkan sentimen perkauman tetapi saya lihat begitulah jadinya. Memang mana-mana parti politik pun berhak membuat desakan atas sentimen apa sekalipun selagi ianya dibenarkan undang-undang, soalnya mengapa tiada pengesahan awal dilakukan oleh Pejabat PM dan Menteri KDN terlebih dahulu? Mengapa kelihatan begitu terburu-buru sehingga kini jadi suatu yang memalukan semua pihak.
Kedua:
Mungkinkah DAP tidak akan membangkitkan isu ini sekiranya dari awal-awal ia tahu kes ini sebenarnya membabitkan perempuan Melayu, penagih dadah? Cuba tengok kenyataan Lim Kit Siang dalam The STAR hari ini:
He said early disclosure about the identity of the woman would have helped defuse the furore aroused by the incident on the part of the Chinese government and people that the police were profiling Chinese visitors and tourists.
Kata beliau pendedahan awal tentang identiti wanita yang terbabit septutnya dapat membantu melonggrakan ketegangan yang berbangkit apabila kerajaan dan rakyat Cina beranggapan yang pihak polis sedang menjadikan pelawat dan pelancong warga mereka sebagai mangsa.
Begitu mudah kita membenarkan diri kita dibakar oleh satu pihak yang mereka sendiri sekadar serkap jarang sahaja!
DAP memang berniat mengambil kesempatan politik. Mereka mewakili sebahagian besar pengundi Cina dalam negera, dan sudah pastilah apa sahaja yang lalu di depan mata akan di sambar oleh mereka. Dan akibatnya mereka telah berjaya menggegar dan membuktikan betapa rapuh dan mudah dipengaruhi sekali kerajaan pimpinan Pak Lah pada hari ini.
Bila pula Umno akan mengambil-alih kes ini dan membela maruah wanita Melayu tadi. Jangan lupa ramai lagi tahanan lelaki dan wanita Melayu yang diperlakukan berbagai-bagai oleh pihak polis semasa dalam tahanan. Semalam SUHAKAM terus mengambil kes seorang anak Melayu yang dibelasah teruk semasa dalam tahanan (buat laporan sekian lama tapi senyap tanpa tindakan), tapi Umno senyap sahaja, tak pula gagah macam DAP.
Kesimpulannya dalam memperjuangkan hak asasi dan pembelaan maruah individu kita perlu adil dan terbuka. Saya kagum dengan kepantasan DAP tetapi saya melihat DAP sekadar sensitif apabila melibatkan kes-kes yang ada kepentingan pada mereka. Tidak pula mereka semasa dewan rakyat bersidang baru-baru menyatakan kebimbangan darihal proses pilihnaraya kecil di Pengkalan Pasir. Mengapa? Sebab itu hal PAS dan Umno, kalau ada pun pengundi Cina terlalu kecil untuk menguntungkan mereka.
Demikian juga pihak kerajaan Umno/BN. Kalau benar-benar mahu memlihara hubungan sekalipun janganlah cepat melatah, kaji dan siasat dulu, sepatutnya Menteri KDN melawat ke rumah kaum keluarga mangsa berbangsa Melayu tadi dan memohon maaf (disamping memohon maaf kepada semua bangsa Melayu) sebagaimana mereka lakukan terhadap kerajaan Kominis Cina itu.
No comments:
Post a Comment