Tuesday, December 20, 2005

Demokrasi kukubesi dunia barat

Saya tertarik membaca rencana pengarang akhbar NST hari ini bertajuk



Ballots not bullets (undi bukan peluru)

Ia mengisahkan darihal perkembangan pilihanraya majlis tempatan di Palestin serta prospek parti Islam, HAMAS untuk memenangi pilihnaraya Parlimen yang dijangka diadakan pada 25 Januari 2006 kelak.

Menurut rencana tersebut:

Alarmed by the prospect of a Hamas victory, the US House of Representatives passed a resolution on Friday warning that American support for the Palestinian Authority would be at risk if the Islamic resistance movement took part in the parliamentary polls

Bimbang akan prospek kemenangan Hamas pada Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi Jumaat lepas mengancam yang Amerika akan menarik balik sokongan terhadap Pentadbiran Palestin sekiranya gerakan Islam tersebut mengambil bahagian dalam pilihanraya parlimen kelak.

This was followed by the threat from the European Union that aid would be cut off in the event of a Hamas win.

Ini diikuti pula dengan ancaman dari Kesatuan Eropah bahawa segala bentuk bantuan akan disekat kiranya Hamas menang.

Menurut satu sumber Hamas telah menang besar pada pusingan keempat pilihnaraya majlis tempatan Palestin dan dijangka menguasai Bandar-bandar utama termasuklah Nablus, Jenin dan El Bireh, iaitu kawasan penempatan terpadat di Semenanjung Gaza.

Kita hairan melihat sikap dunia Barat yang sungguh bermuka-muka dan DOUBLE STANDARD itu. Pada satu ketika ia mengutuk tindakan keganasan dan bersenjata dalam misi peperangan menentang keganasannya akan tetapi apabila gerakan Islam memilih jalan aman dengan mengambil-bahagian dalam pilihanraya, ia masih merasa terancam dan sanggup menggunakan taktik peras-ugut dan tidak demokratik. (Apabila tentera pengganas Republik Ireland IRA, meletakkan senjata dan menyertai pilihanraya, tidak ada pula kuasa Barat yang membuat ancaman yang sama)

Pesuruhjaya Hal-ehwal Luar Kesatuan Eropah Javier Solana dilaporkan mengugut kiranya Hamas menyertai pilihanraya (yang belum pasti Hamas menang lagi), itu sahaja sudah cukup bagi mereka bertindak menghentikan dan menahan segala bentuk bantuan kepada Pentadbiran Palestin.

Demikianlah sikap pemain-pemain utama dunia hari ini. Negara-negara maju yang kononnya menganuti fahaman demokrasi dan menjunjung hak asasi sejagat rupanya merekalah juga pencabulnya apabila sahaja kepentingan mereka dirasakan terancam. Mereka tidak dapat menerima kemenangan golongan Islam walaupun melalui cara demokrasi ciptaan mereka sendiri.

Sebenarnya dalam senario Malaysia, tindakan Amerika dan EU itu saling tak tumpah macam sikap Umno dan BN (lihat pengalaman di Kelantan). Barangkali dalam hal ini Umno dan BN merupakan juara dan model bagi Amerika dan EU.

Kerana itu memang wajar sangatlah bekas PM Tun Dr M dicadangkan namanya untuk anugerah Nobel lantaran sumbangan besar beliau dalam demokrasi kukubesi yang kini dipatuhi dengan taat oleh Dollah Badawi dan rakan-rakan.

No comments: