Friday, August 10, 2007

PAS sasar 40 kerusi Parlimen

Prestasi terbaik PAS dalam satu-satu pilihanraya umum adalah pada Pilihanraya Umum 1999 dahulu apabila ia menang 27 kerusi parlimen. Pada tahun itu juga PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu serta menhantar wakil ke dewan-dewan undangan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang.

Dalam Utusan Malaysia hari ini Naib Presiden PAS yang juga EXCO kerajaan negeri Kelantan Dato Hj Husam Musa menyatakan yang dalam pilihanraya umum yang akan datang PAS akan memberi tumpuan untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen seluruh negara. Kata Husam PAS yakin membuat kejutan berdasarkan kekuatan semasanya di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak.

Lalu kartun Senyum Kambing di muka depan akhbar yang sama bertanya: Takkan 40 kerusi sahaja kut?


Katakanlah ditakdirkan Allah swt PAS memenuhi sasarannya dan memenangi 40 kerusi tersebut, ini bermakna yang akan kalah di kerusi-kerusi itu adalah Umno. Umno kini memiliki 110 dari 218 kerusi parlimen termasuklah di Sabah. Jika ia tewas 40 ditangan PAS maka tinggallah 70 kerusi. Bagaimana dengan PKR dan DAP?

Mungkinkah PKR dan DAP juga mampu membawa kejutan, lalu bagaimana kedudukannya nanti? Benar kalau setakat menang 40 bersendirian memang nampak kecil kalau masih ada 178 kerusi dibolot oleh BN, tetapi bagaimana kalau PKR dan DAP juga membawa kejutan?

Kalau dengan memenangi 27 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1999 lalu PAS telah berjaya menawan Kelantan dan Terengganu, bagaiaman jika ia menang 40? Tidak mustahil beberapa negeri lagi akan jatuh di bawah tangannya, mungkin Kedah dan Perlis?

Ketika itu mungkin senyum kambing sudah menjadi senyum lembu atau kerbau!

Apa pun terpulanglah kepada rakyat untuk membuat pilihan disamping semua pihak bekerja kuat dan berserah diri pada Allah. Semoga yang akan diperolehi selepas pilihnaraya nanti adalah kerajaan dan pimpinan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia, isnyallah.

No comments: