Sunday, August 05, 2007

Malaysia Negara Islam: Bukti Dollah dan Najib bertelagah

Hentikan polemik Islam, sekular: demikian tajuk sebuah laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia muka dua. Ianya memetik kenyataan Perdana Menteri Dollah Badawi di Bukit Mertajam semalam selepas merasmikian program anjuran Umno Pulai Pinang.





Bagi saya, kenyatan ini dibuat demi menyelamatkan pertelagahan besar yang berpunca dari polemik itu sendiri. Sebenarnya polemik ini bermula apabila Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis di IKIM pada 17 Julai lalu menerangkan kepada para pemberita bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Kata Najib lagi Malaysia bukannya sebuah negara sekular. Petikannya:

Islam is the official religion and Malaysia is an Islamic state, an Islamic state that respects the rights of the non-Muslims and we protect them, he said when asked to comment on concerns that Malaysia was moving from a secular government to an Islamic State and whether is Malaysia is one.




I want to correct you (reporter), that we have never never been a secular state. Secular by Western definition means separation of the Islamic principles in the way we govern the country.But we have never abdicated from those principles. Malaysia have been always been driven by, and adhere to the fundamentals of Islam, so your (reporter) premise is wrong, he said.

Saya mahu membetulkan anda (seorang wartawan) yang kita (Malaysia) tidak pernah menjadi sebuah negara secular. Sekular menurut definasi barat adalah pemisahan prisnip-prinsip Islam dari cara pentadbiran dan pemerintahan kita.

Kita tidak pernah mengabaikan prinsip-prinsip tersebut. Malaysia memang berpandukan dan malah bergpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam, jadi andaian (wartawan) anda salah, katanya.

Bermakna Najiblah puncanya dan kini hari ini Dollah pula berkata Malaysia negara sekular pun tidak, negara teokrasi pun tidak. Dollah tidak mempertahankan kenyataan Najib bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sebalinya beliau sekadar berligar pada isu bahawa negara ini adalah sebuah negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen.

Mengapa Dollah tidak menyokong kenyataan Najib itu?

Sebelum ini pimpinan parti komponan termasuklah dari MCA, Gerakan dan terbaru UPKO telah menyerang kenyataan Najib. Masing-masing menegaskan setahu mereka Malaysia Merdeka adalah sebuah negara yang sekular. Oleh itu mengapa dalam hal ini Dollah tidak mempertahankan kenyataan TPM nya tetapi seblaiknya sekadar mengambil jalan tengah?

Tanyalah siapa pun, tua atau muda, Islam atau bukan Islam, semuanya tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen. Bagi mereka yang mengisytiharkan negara ini Negara Islamssebagaimana Tun Dr Mahathir dahulu dan kini Najib, termasuklah PAS yang memperjuangkan perkara yang sama, semua akur dan sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen. Malah mereka yang mendakwa negara ini sekular pun tahu begitu.

Kenapa Dollah seolah mengaggap itu sebagai sesuatu yang baru?

Isunya adakah Malaysia negara Islam atau sekular, kata Dollah bukan negara sekular tetapi tidak pula mengatakan ia negara Islam, sungguh mengelirukan, mengapa PM seakan takut membuat pilihan, kata beliau:

Kita adalah sebuah negara berasaskan demokrasi berparlimen dan kerajaan yang bertanggungjawab kepada parlimen dan rakyat terdiri dari orang yang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang sama-sama bermuafakat dan membincang dan menghasilkan dasar-dasar dan pembangunan negara.

Saya yakin dengan kenyataan ini bermakna Dollah selaku PM tidak senang dengan kenyataan Najib. Dollah berlepas diri dari kenyataan tersebut lantas membuktikan lahirnya bibit keretakkan hubungan antara PM dan TPM nya. Sebenarnya ramai yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang mendorong Najib untuk membuat kenyataan berkenaan Negara Islam pada 17 Julai lalu? Adakah ketika itu kerenggangan antara beliau dan Dollah ini sudah mula memuncak? Apakah punca-puncanya?

Kesimpulannya Malaysia yang ada pada hari ini bukanlah sebuah Negara Islam, Pm dan TPM ternyata berbalah dan perbalahan mereka nampaknya lebi besar dari isu adalah Malaysia ini Negara Islam atau sekular. Sam-samalah kita lihat apakah kerusi TPM juga berpuaka buat Najib setelah Musa, Ghafar dan Anwar menerima padah apabila mendudukinya.

No comments: