Thursday, August 23, 2007

Suami jadi suri rumah:
Menteri keluar topik/ VC kemaruk publisiti


Tajuk akhbar Utusan hari ini berbunyi: Wajarkah suami jadi suri rumah? Dua pembahas yang ditemuramah adalah Menteri Hal Ehwal Wanita Shahrizat Jalil dan AJK PAS Pusat Dr Lo'lo Dato Ghazali.

Isu ini dipaparkan berikutan kenyataan Naib Canselor UITM baru-baru ini bahawa ramai lelaku mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT dibiarkan berlarutan.










Kata Shahrizat lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat. Manakala kata Dr Lo'lo keluarga akan menjadi pincangn jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia.

Soalannya adalah: Wajarkah suami jadi suri rumah, bukannya membantu di dapur. Jadi pada pandangan saya jawapan atau ulasan Shahrizat ini agak tersasar dari persoalan yang diajukan. Membantu isteri dalam kerja-kerja rumah, termasuklah memasak dan menjaga anak adalah satu sunnah kerana ia pernah diamal dan dianjurkan pula oleh Rasulullah saw. Tetapi topiknya bukan MEMBANTU topiknya menjadi SURI RUMAH!

Suri rumah atau housewife samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris merujuk kepada kaum Hawa. Istilahnya bermaksud wanita yang menjalankan urusan rumahnya sebagai kerja utama: a woman who manages her own household as her main occupation. Dan berbalik kepada topik yang diutarakan wajarkah kerja ini diserahkan kepada suami kerana isterinya bekerja di luar?

Sebenarnya masalah ini tidak berbangkit. Yang kalut sebenarnya adalah Naib Canselor UITM itu sendiri. Jika atas apa sebab pun bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki, jika atas dasar merit demikian, maka biarkanlah. Tetapi adakah semata-mata kerana IPT mengeluarkan graduan wanita sahaja maka lelaki yang tidak ke IPT apabila berkahwin perlu menjadi suri rumah?

Kalut dan tidak masuk akal itulah yang boleh kita katakan terhadap kenyataan Naib Canselor UITM berkenaan, sebagaimana contoh yang dibawa Dr Lo'lo: beliau ada rakan yang mempunyai ijazah Phd tetapi berkahwin dengan suaminya yang cuma lulusan SPM. Suami tetap bekerja dan pasangan itu tetap bahagia. Mengapa pula si suami perlu duduk di rumah dan menjadi suri rumah?

Sebagaimana dihujahkan oleh Dr Lo'lo: Suami adalah ketua keluarga walaupun pendapatannya lebih rendah dari isteri. Kedudukan isteri yang lebih tinggi dari segi kewangan tidak boleh dijadikan alasan tanggungjawab serta tugas menyara keluarga diserahkan kepada isteri.
Oleh itu isu lelaki menjadi suri rumah dan membiarkan isteri menjadi penyara hidup keluarga langsung tidak masuk akal dan jelas bertentangan dengan Islam. Mungkin Naib Canselor ini tidak tahu atau sengaja mahu mencari publisit murahan.

Dan kepada Menteri Wanita yang ternyata keluar topik itu saya rasa kalau buat perbandingan nampaknya Dr Lo'lo jauh lebih mantap dan berwibawa berbanding beliau. Mungkin sempena 50 tahun Merdeka ini telah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dan mengangkat seorang menteri Muslimah duduk di Kementerian Wanita, apa macam?

No comments: