Thursday, August 16, 2007

Tun Dr M terus melancarkan serangan

Ketika persidangan Dailog Antarabangsa Langkawi LID di Pulau Lagenda tersebut baru-baru ini akhbar NST cuba menggambarkan yang PM Dollah Badawi telah berjaya mengunakan majlis tersebut untuk memperbaiki hubungan beliau dengan bekas PM Tun Dr Mahathir. Dollah telah menyebut jasa dan sumbangan Tun semasa ucapan beliau dan malah Dollah turut mengingatkan para peserta berkenaan hari ulangtahun perkahwinan Tun dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah semasa persidangan tersebut.

Tidak cukup dengan itu semasa satu sessi dimana beliau dijemput memberikan ulasan Dollah telah sebaliknya memberikan penghormatan kepada Tun untuk berucap bagi pihaknya.

Lalu NST bersungguh mengutarakan yang Dollah yang berjiwa itu besar itu telah berjaya menyelesaikan kerenggangan antaranya dengan bekas PM itu. Tetapi benarkah demikian? Benarkah dengan begitu mudah Tun boleh lupakan segala kritikannya terhadap Dollah?

Ada yang beranggapan sekiranya benar perlakuan Dollah di LID itu telah menawan hati Tun, pasti Tun akan mengunakan apa sahaja kesempatan yang diberikan kepada beliau di Langkawi untuk menjulang dan melambong tinggi Dollah, tetapi itu tidak dilakukan. Dan ternyata Tun bukan jenis yang mudah dikipas dan digilap-gilap. Jika NST dan mereka yang rapat dengan Dollah menganggap bahawa aksi Dollah di LID itu telah berjaya mengambus apa sahaja ketegangan antara kedua mereka, jelas mereka silap.

Dan ini terbukti apabial semalam bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya, Tun yang berucap di hadapan anggota badan penaja Malaysian Concerned Citizens Council atau Majlis Rakyat Malaysia yang Prihatin atau PRIHATIN telah terus mengekalakn serangannya terhadap Dollah dan kepimpinan Umno yang ada pada hari ini.

Menurut mSTAR Online Tun berkata:

Umno kini tidak dapat membuat keputusan tegas dalam menangani isu-isu yang membabitkan kepentingan Melayu kerana tidak memberi keutamaan kepada membela nasib masyarakat.

Beliau mengajak orang Melayu agar bertindak membetulkan keadaan dan tidak membiarkan undi dan maruah mereka di beli.


Tambah Tun:

Yang penting, orang Melayu sepatutnya boleh menyampaikan mesej kepada pemimpin bahawa mereka mesti meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya dan jika mereka membuat salah, mereka boleh ditarik turun.

Dan berkenaan dengan Umno dan kepimpinan Dollah Tun menegaskan bahawa beliau cinta dan kasih kepada Umno namun itu tidak bermakna beliau menyokong kepimpinan (Umno) yang ada pada hari ini.

Demikianlah Tun sebagaimana Tun Haniff Omar yang menyerang pihak PDRM, BPR dan Pejabat Peguam Negara Ahad lepas, Tun Dr M juga bukan calang-calang orang, beliau bukan blogger atau penulis jalanan tetapi beliau seorang bekas PM yang pernah menabur jasa dan memerintah negara ini lebih dua dekad. Mustahil apa yang Tun perkatakan ini fitnah dan palsu belaka. Lantas sesuai sangatlah kita ambil pedoman dari pesanan beliau khasnya apabila beliau menyatakan:

Bangsa Cina sangat pandai menggunakan undi mereka ketika pilihan raya secara strategik untuk menyampaikan sesuatu mesej, orang Melayu akan membuta tuli menyokong parti mereka walaupun calon yang diketengahkan adalah tunggul tanpa mengira kepentingan bangsa, agama dan negara.

Orang Melayu jangan jadi TUNGGUL lagi ayuh kita menzahirkan kematangan dan kebijaksanaan kita dalam memilih pimpinan. Kali ini kita tolak TUNGGUL!

No comments: