Monday, July 26, 2004

Lagi tentang Nik Aziz

 
Berita Tok Guru Nik Aziz diserang sakit jantung pada pagi Khamis lalu telah membimbangkan ramai pihak. Ada yang bersedih dan tidak senang duduk, malah ramai yang memanjat doa kehadrat Allah swt agar Tok Guru dikurniakan kesihatan, cepat sembuh seperti sediakala. Kebimbangan ini terasa khusunya dikalangan penganut Islam diseluruh negara termasuk di rantau sebelah sini.

Dalam membicarakan peristiwa ini kolumnis The Sunday Star, Jocelyn Tan mengandaikan bahawa kebimbangan khusunya dikalangan penyokong PAS adalah berpunca dari rapuhnya kedudukan politik PAS di Kelantan yang cuma bertahan memerintah negeri tersebut dengan majoriti 2 kerusi. Bermakna kiranya malapetaka menimpa Tok Guru, pilihanraya kecil terpkasa dipanggil dan kedudkan PAS yang meruncing itu akan menjadi bertambah membimbangkan.

Beliau menulis:

Nik Aziz, whom they call Tok Guru, is not only the party's Mursyidul Am or spiritual leader, he is also the glue holding together the fragile PAS government in the only state now under PAS control. Hence, Nik Aziz's health scare on Thursday sent ripples through the party, from the top echelon down to the grassroots

Memang kedudukan PAS di Kelantan rapuh, namun itu bukanlah punca utama mengapa rakyat khusunya yang beragama Islam bimbang pada hari Khamis lepas. Yang menjadikan mereka cemas adalah kerana kredibiliti dan peribadi Tok Guru itu sendiri. Ketokohan beliau, ilmu beliau, kewibawaan beliau, itulah yang dibimbangkan oleh ramai yang prihatin.

Beliau merupakan ulamak yang tersohor dalam negara, hakikat ini diterima oleh rakan dan lawan. Penguasaan ilmu Al Quran dan Hadis beliau terlalu tinggi dan meyakinkan. Beliau adalah pendakwah dan pengamal Islam contoh, yang sukar ditandingi (cakap serupa bikin). Sekiranya beliau pergi, pasti sukar untuk dicari ganti, lantaran itulah ramai yang hiba dan berdukacita.

Pernah Tok Guru Hj. Hadi dalam sebuah ceramah di Kelantan berkata bahawa kiranya Raja mangkat, penggantinya diambil dikalangan anak-anak Raja yang ada. Akan tetapi sekiranya seorang Tok Guru meninggal, penggantinya memang sukar dicari.

Itulah puncanya kebimbangan ramai, pemergian Alfadhil Dato Fadzil Nor, dikira masih baru, dan kini Tok Guru pula dirundung penyakit, itulah yang mencemaskan sebahagian besar masyarakat. Memanglah keadaan kerajaan di Kelantan tak stabil akan tetapi jika pilihanraya kecil ditakdirkan diadakan di DUN Cempaka, bukan nak cakap besar...... keputusan 24 -21 susah nak berubah, kerusi lain tak tahulah.

Kini Alhamdulilah Tok Guru beransur sembuh, kekuatan, ketinggian dan kemahiran ilmu beliau insyallah akan terus dapat kita nikmati sehingga ditentukan kelak.

No comments: