Wednesday, July 21, 2004

Justice delayed is justice denied

 
Untuk kesekian kalinya kes rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim ditunda. Ramai yang tertunggu-tunggu mahkamah Persekutuan yang sepatutnya bersidang minggu ini bagi memutuskan rayuan terhadap Anwar yang didapati bersalah dalam kes liwat "sensasinya" itu. Tiba-tiba akhbar-akhbar tempatan pagi ini melaporkan peguam Anwar dimaklumkan oleh pihak mahkamah bahawa rayuan tersebut ditangguhkan kesuatu masa yang akan ditetapkan kelak.
 
Sesungguhnya penangguhan sedemikian rupa pasti menimbulkan keraguan dan syak-wasangka dikalangan ramai. Bayangkan beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 (hampir 4 tahun lalu), rayuan diperingkat Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 April 2004 (kira-kira 3 bulan lalu) dan Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya bersidang minggu ini menangguhkan pula persidangannya. Bermakna sejak ditahan pihak berkuasa lebih5 tahun lalu sehinggalah ke hari ini (dah dua kali pilihanraya umum) nasib Anwar belum dapat diputuskan lagi.
 
Mahkamah sepatutnya bebas dari sebarang tekanan dan pengaruh mana-mana pihak. Samada keputusan rayuan Anwar kelak akan mencetuskan suasana tegang ataupun sebaliknya, bukan kerja mahkamah untuk memikirkan. Begitu juga samada pihak kerajaan sudah bersedia ataupun tidak bagi menerima implikasi keputusannya kelak juga bukan pertimbangan yang harus diambil kira mahkamah. Mahkamah mestilah dilihat bebas dalam setiap keadaan dan masa.
 
Tempuh 5 tahun yang berlanjutan ini telah mengakibatkan penderitaan ke atas ramai pihak terutama keluarga beliau, kenalan, penyokong dan orang-ramai. Yang penting sekarang adalah keputusan muktamad. Sekurang-kurangnya ini memberikan peluang kepada keluarganya untuk merancang tindakan selanjutnya yang wajar diambil. Jangan lagi biarkan mereka menderita menunggu khabar yang tak pasti.
 
Pada dasarnya menangguhkan kes ini sewenang-wenangnya sudah cukup membuktikan betapa keadilan telah dipersia dan dipermainkan. Menangguhkan keadilan sekaligus menafikannya. Menafikan keadilan adalah kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Soal samada mahkamah akan memutuskan Anwar tetap bersalah ataupun tidak kita serahkan pada Allah swt (sungguhpun ramai dah berani buat dugaan), isunya di sini, demi kemanusiaan janganlah ditangguh-tangguhkannya lagi. roslansms@hotmail.com
 

No comments: