Thursday, July 22, 2004

Kes Shamala v Dr. Ridzwan : Ke mana arah Sisters in Islam

 
Nampaknya tak kunjung reda kes kontroversial ini yang diadili oleh hakim dan mahkamah yang sungguh kontroversial. Implikasi keputusan kes ini kedua-dua anak kecil yang telah memeluk Islam secara sah kini akan dibela sehingga dewasa oleh si ibu yang beragama Hindu. Syarat yang diberikan hakim, si ibu tadi tidak boleh mempengaruhi anak-anaknya bagi menukar agama mereka.

Umat Islam yang prihatin dan sensitif dalam hal-hal yang melibatkan akidah sesama Islam pasti akan merenung jauh memikirkan keputusan ini dan masa depan anak-anak yang terlibat terutama darihal keupayaan mempertahankan akidah Islam mereka. Sudah pasti samada seseorang itu "a practising Muslim" ataupun Muslim ikut-ikutan, siapa pun tidak akan senang berhadapan dengan isu ini. Siapakah yang akan memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak kecil ini kelak dalam keadaan mereka dibesarkan oleh si ibu yang berlainan agama? Isu ini tidak dipertimbangkan oleh mahkamah kerana itu bukan masalah mahkamah sivil yang tidak terikat langsung dengan peraturan Islam.

Isu ini perlu dibangkitkan kerana dalam waktu kekuatan Islam tercabar sebegini, tiba-tiba ada NGO yang menamakan diri mereka Sisters in Islam, mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mempertahankan hak si ibu yang beragama Hindu tadi! Dalam satu laporan disebutkan:

ACTUAL CUSTODY & JUDGE'S CAVEAT. The Star reports that diverse groups are unhappy with the conditions placed on Shamala in the court decision giving her and her former husband, now a Muslim convert, joint custody of their sons. SIS legal officer Nora Murad said the group was concerned with the practical implications of the decision, as the caveat placed on the mother was unclear.

"If Shamala has a Hindu altar in her house as she practises Hinduism, does this mean she will be influencing her children?" she said yesterday.

"Concern" SIS ini bukan kepada kebajikan tarbiyah Islamiyah anak-anak tadi, akan tetapi lebih kepada tidak praktikalnya mahkamah mengenakan syarat tadi. Seolah-olah SIS mahu menegaskan yang anak-anak tadi perlu diberikan kebebasan...........

SIS bukan hanya mempertikaikan hal tersebut, malah pandangan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa seseorang anak itu secara automatik menjadi Islam apabila seorang ataupun kedua-dua ibu-bapanya memeluk Islam turut dipandang rendah oleh mereka:

Nora Murat, Sisters In Islam legal officer:

The Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act does not provide for automatic conversion of minor children whose parent has converted to Islam, Sisters In Islam said yesterday.

SIS legal officer Nora Murat said Clause 95 of the enactment specifically states that a person who has not reached the age of 18 can be converted to Islam only with the father or mother or guardian's consent. [...]


Ih his ruling, Justice Faiza had cited a Jan 2 letter from the Federal Territory mufti stating that the children are automatically converted to Islam when one of the parents embraces Islam and that the conversion was effective even though the other parent opposed it.
"The mufti has given a conflicting opinion to what is already clearly stated in the law," Nora said, adding the legislative procedure should take precedence over a mere opinion.
Nora added that the Quran is clear in stating that there is no compulsion in faith, and the conversion of Shamala's minor children under the shroud of secrecy indicates an element of force.

She said nothing in the Quran or Hadith stipulates that a child's conversion is automatic upon conversion of a parent, citing that the FT enactment on conversion of minors differs from that of the Selangor Administration of Islamic Law Enactment which allows for automatic conversion


SIS ini ditubuhkan untuk membela Islam atau membela siapa? Cukuplah NGO yang bukan Islam bersuara dan mempertikaikan perlaksanaan penghakiman ini, mengapa perlu NGO yang mengunakan nama Islam turut bersama-sama menyuarakan ketidak-puasan mereka seiring dengan yang bukan Islam.

Kalau benar pada namanya SIS patut kehadapan bagi memastikan akidah anak-anak ini terus dipelihara. Soal pengislaman mereka tidak seharusnya dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh masyarakat bukan Islam. Orang Islam di Malaysia tidak pernah mempertikaikan apabila ada kumpulan orang asli ataupun masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak yang asalnya tidak beragama diajak memeluk agama Kristian oleh "missionary" Kristian contohnya. Tetapi apabila seseorang itu, kanak-kanak ataupun dewasa, telah memeluk Islam, maka jangan sekali-kali ada mana-mana pihak cuba mahu mempertikaikannya!

Kes "Natrah" di Singapura yang berlaku sebelum Merdeka dahulu adalah satu "classic example" dimana kuasa penjajah memaksa seorang wanita Eropah yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang pemuda Melayu agar diserahkan kembali kepada ibu-bapa asalnya dan ditukarkan ke agama asalnya. Orang Melayu dan masyarakat Islam di Singapura dan sebahagian Malaya ketika itu telah bangun memberontak, akan tetapi negara ketika itu dikuasai penjajah, akhirnya ramai yang ditangkap dan kes tersebut berlalu begitu sahaja......tapi itu sebelum merdeka, kini kita sudah berdaulat, dimana maruah Islam dan harga diri kita sebagai seorang Muslim?

SIS ini lebih baik ditukarkan sahaja sifatnya, buang sahaja istilah ISLAM dari persatuannya, jadilah NGO biasa, jangan kelirukan masyarakat khususnya yang bukan Islam berhubung dengan Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila yang jahil dan tidak ber "authority" turut mahu memberi pandangan dalam soal hukum. Jangan samapai kita nanti jadi macam di era "Natrah", kita marah dan benci, Islam disepak, ditendang, diperkosa  dan dihina didepan mata  tapi kita lesu dan tak mampu berbuat apa-apa.  

Berwaspadalah saudara-saudara se Islam tentang pertubuhan ini.......

roslansms@hotmail.com

No comments: