Monday, July 12, 2004

"The Passion of the Christ" - siapa yang mahu membela aqidah

Filem arahan Mel Gibson ini telah ditayangkan keseluruh dunia sejak awal tahun ini. Ianya mengisahkan saat-saat akhir hidup Jesus Christ menurut fahaman agama Kristian. Di Malaysia ia pada awalnya diharamkan akan tetapi setelah dirayu oleh pimpinan agama Kristian tempatan akhirnya kerajaan Malaysia memberikan keizinan dengan syarat:

1. ianya ditayangkan untuk tontonan yang bukan Islam sahaja
2. sebarang iklan dan publisiti terhadap filem ini tidak dibenarkan

Dalam akhbat The Sunday Times semalam Brenda Pereira dalam ruangannya "Plain talk" di bawah tajuk "Let all Malaysians see movie on Christ's last hours" telah memprotes keputusan ini dan memohon agar kerajaan menyemak semula keputusan tersebut.

Sebelum ini ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok turut menyuarakan bantahan yang sama di Parlimen. Menurut Teresa menonton filem seumpama ini tidak akan mengakibatkan seseorang itu menukar agamanya.

Brenda telah pergi lebih jauh lagi dengan memetik pandangan Ulamak Azhar serta memberikan angka dan bilangan penonton yang menonton filem ini dibeberapa negara Arab yang membenarkan penayangannya (140,000 di Lebanon kata beliau ).

Sudah tentulah Brenda tidak mengambil kira hakikat bahawa terdapat sebilangan besar juga penduduk Arab yang beragama Kristian di negara-negara tersebut. Berenda tidak menyiasat fakta ini cuma memungut sahaja angka dan bilangan kerana mahu mengukuhkan artikelnya.

Berbalik kepada isu di Malaysia, kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam bahawa terdapat perbezaan yang terlalu besar antara penganut Islam dan Kristian berhubung penghujung kehidupan Nabi Isa di dunia. Persamaan diperingkat awal mungkin ada namun dipenghujungnya berbeza sama-sekali dan ini sesuatu yang sangat sensitif dan serius kerana ia melibatkan akidah.

Mel Gibson sebagaimana yang terkandung dalam Bible mengambarkan Christ mati di palang salib. Kematian Christ diterima sebagai pengorbanan bagi menyucikan dosa sekalian manusia. Dan Christ adalah "Anak Tuhan" menurut penganut Kristian. Ini sama sekali berbeza dengan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan ianya bukan sesuatu yang boleh penganut Islam kompromikan.

Berpadanlah dengan dibenarkan tayangan untuk sesama bukan Islam, jangan lagi dilayan sebarang rayuan dan permohonan. Jangan samapai terlalu melayan kehendak bertoleransi sehingga menggadaikan maruah dan akidah!

Apa halnya Brenda, Teresa dan lain-lain mahukan umat Islam turut menonton filem ini? Ianya suatu penghinaan terhadap kepercayaan Islam dan implikasinya kelak lebih buruk dari (letting) "people of Malaysia enjoy the freedom to watch movie of their choice" sebagaimana yang disarankan oleh Teresa dan Brenda.

Memang umat Islam di Malaysia barangkali tidak akan luntur akidahnya semata-mata dengan menonton filem ini, tetapi siapa yang boleh menjamin? Menjamin akidah umat Islam bukan kerja Brenda, Teresa dan lain-lain. Ini isu umat Islam, akidah kami, kepercayaan kami. Oleh itu kerajaan Malaysia sekali lagi digesa agar bertegas dalam hal ini.

Kata Brenda "remember that Malaysia is supposed to be a model of a progressive and tolerant nation". Yes we want to be progressive and tolerant but not at the expense of our religion and belief. Go watch the movie if you want to Teresa and Brenda, leave us Muslims alone!

roslans,s@hotmail.com



No comments: