Sunday, October 11, 2015

Tiada siapa mengkafirkan kamu

Semakin hari semakin tersingkap dan terserlah identiti dan perjuangan sebenar mereka yang menubuhkan parti Amanah ini.

Presidennya Muhammad Sabu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian menuduh PAS mengkafirkan partinya. Satu tuduhan yang berat, buktinya tiada namun matlamatnya jelas iaitu mahu menconteng arang di muka PAS.

Yang penting keluar akhbar, betul tak betul itu perkara kedua, asalkan “damage done”.
Tidak cukup dengan mengkhianati PAS apabila membawa lari kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi atas tiket PAS, kini mereka menyerang PAS pula.

Dan terbaru dalam laporan portal berita yang memang merupakan jurucakap mereka iaitu TMI, Mat menyebut bahawa partinya bersedia menghadapi PAS dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya terpaksa. Kalau boleh elak akan cuba dielak tetapi jiuka tidak dapat apa boleh buat katanya.

Hakikat ini bukan rahsia lagi. Mereka ditaja dan ditubuh pun memang bermatlamat mahu menghapuskan PAS. Tak perlulah Mat menagih simpati dengan menabur fitnah begitu.

PAS insyallah bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang memilih untuk menentangnya tambah-tambah dari kalangan mereka yang bulat-bulat mengkhianati perjuangannya.

Sementara itu dalam laman yang sama Timbalannya Salahuddin Ayub pula berkata partinya hanya akan bertanding di kerusi yang dirasakan boleh menang. Ada ke kerusi yang mereka boleh menang?

Kenyataan ini membuktikan memang matlamat utama parti ini untuk menang kerusi semata-mata, politik ini bagi mereka untuk dapat kerusi, tiada langsung tugas dan tanggungjawab dakwah, maklumlah parti inklusif yang hebat.

Bermakna kalau ditakdirkan Allah swt tewas mereka di semua kerusi yang ditandiginya, berkuburlah partinya.

Apa pun bagi PAS menggalas perjuangan suci Islam ini yang telah dirintis lebih 60 tahun akan diteruskan. Menag kalah bukan alasannya untuk tidak berjuang, petikan lirik lagu PAS yang telah sama-sama dilaungkan oleh Mat dan Salahuddin bertahun-tahun lamanya.

Yang pastinya PAS akan pertahankan semua kawasan yang ditandinginya terutama semua kawasan yang dimenanginya. Di Shah Alam, Kota Raja, Sepang, Parit Buntar, Tumpat, Kuala Krai dan kerusi-kerusi DUN lain yang dimemangi tetapi telah dicuri para pengkhianatnya PAS pasti berjuang habis-habisan untuk mempertahankannya.

PAS tidak pernah kafirkan mereka tetapi menganggap sebahagian mereka pengkhianat. PAS tidak minta mahu berlawan dengan mereka tetapi kiranya kerusi dan kawasan PAS diganggu, bersedialah menghadapi kami.


No comments: