Monday, October 12, 2015

Ku Li akui sistem Umno gagal



Posting saya “Apa lagi diharap pada Umno” pada jam 1.52 petang tadi menghuraikan betapa sudah tiba masanya Umno direhatkan setelah sekian lama diberi amanah oleh rakyat tetapi ternyata gagal.

Dalam laporan TMI berkenaan majlis sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana siang tadi, dipetik pula kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen Gua Musang yang juga veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata Ku Li pada sidang akhbatr berkenaan:

The party system has failed. Now it seems to be dominated by the voices of the leaders rather than grassroots level, there’s a big difference so because of that, I think it has failed.

(Sistem parti (umno) telah gagal. Kini ia kelihatan lebih dikuasai oleh suara pimpinan tertinggi berbanding suara peringkat akar umbi, ini suatu perbezaan besar, oleh itu saya fikir ianya (sistem Umno) telah gagal).

Terbukti Ku Li yang merupakan veteran Umno dan wakil Parlimen Umno yang paling lama berada di Dewan Rakyat sendiri akui bahawa Umno kini telah gagal. Suara ahli digerhanai oleh suara mereka yang di atas. Lantas Umno tidak lagi mewakili suara akar umbi tetapi suara pimpinan mereka semata-mata.

Kalau Umno telah rosak begitu, apakah yang boleh dilakukan bagi memperbaikinya? Mampukah Umno diperbaiki?

Ku Li siang tadi duduk bersama Tun Dr Mahahtir, yang pernah ia tentang pada tahun 1987 dahulu bagi jawatan Presiden Umno. Turut berada bersama mereka adalah Tan Sri Sanusi Junid, orang kuat Tun Dr M semasa beliau menentang Ku Li dulu. Juga berada di sana adalah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno kini iaitu Muhyiddin dan Shafie Apdal.
Bermakna orang lama, orang baru, bekas Presiden (Tun Dr M), bekas Setiausaha Agung (Sanusi), bekas Naib Presiden (Ku Li) dan Timbalan serta Naib Presiden hari ini semuanya berhimpun di satu tempat mengkritik dan mengutuk Umno dan pemimpin tertingginya.

Mereka juga apa kurang semasa memegang jawatan. Tun Dr M punya rekodnya sendiri, masakan Ku Li boleh lupa. Manakala Muhyiddin dan Shafie masih memegang jawatan hari ini. Lantas bagaimana Umno mahu diperbaiki sedangkan mereka yang pernah menguasainya dan kini masih menguasainya pun akui Umno kini tenat.

Pokoknya Umno tenat dan hampir lumpuh.

Penyelesaiannya beralihlah ahli-ahli dan penyokong Umno, pohon rimbun yang anda semua berteduh di bawahnya satu ketika dahulu kini sudah sendeng dan mahu rebah ke bumi.

Kepimpinan yang baik mestilah dikalangan orang yang baik-baik. Baik akhlaknya, murni budi perkertinya dan paling penting memiliki ilmu dan faham agama sehingga boleh membimbing kita dari kesasatan ke arah jalan yang lurus dan benar.

Selepas Umno, PAS lah yang kedua terbesar menghimpunkan pemimpin Melayu/Islam dikalangan anak bangsa. Yang terbukti boleh memimpin dengan baik dan penuh amanah. Rakyat jelata termasuk masyarakat berbilang kaum contohnya di Kelantan selesa di bawah mereka, dan pemimpinnya yang lain termasuklah di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Perlis dan lain-lain juga turut disenangi termasuk oleh masyarakat yang berbilang kaum kerana mampu menzahirkan corak kepimpinan yang terpuji.

Jangan berteduh di bawah pohon yang sendeng kelak buruk akibatnya.

Pohon PAS masih merimbun dengan akar yang kukuh dan dahan yang teguh.

Biarkanlah Umno berehat, setelah lama ia mencuba. Kini berilah peluang pada PAS yang ternyata cekal dan istiqamah berpegang teguh pada perjuangan Islam yang dijamin mampu menyelamatkan ummah dan negara tercinta.

Ku Li sendiri akui Umno begitu, dan sebelumnya Tun Dr M dan Muhyiddin.

Lalu tunggu apa lagi?

No comments: