Saya tersenyum seorang bila terbaca berita terkini dalam
TheStarOnline.
Ianya berkenaan kes perletakkan jawatan Dr Boo Cheng Hau,
ADUN DAP Skudai sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor ekoran tewas dalam
pemilihan DAP peringkat negeri Johor baru-baru ini.
Portal berita berkenaan melaporkan betapa Pengerusi DAP
Johor yang baru, Liew Chin Tong yang juga ahli parlimen DAP Kluang dan AJK Pusat DAP, merayu agar
Dr Boo menimbangkan semula tindakan beliau itu.
Chin Tong dilaporkan berkata:
“We should not take it too personally, as there are winners
and losers in any election,"
(Kita sepatutnya tidak menganggap (kekalahan) ini sebagai
satu perkara peribadi, (adat) pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah)
"Let's not burn the house down just because of internal
differences. The wisdoms and wishes of the delegates should be respected.’
(Janganlah kita membakar rumah sendiri semata-mata kerana
perbezaan dalaman. Kebijaksanaan dan hasrat para perwakilan sewajarnya
dihormati)
Mengapa saya tersenyum seorang?
Sebagaimana Dr Boo, malah begitulah kawan-kawan Chin Tong
yang tewas dalam pemilihan PAS dulu. Sekurang-kurangmya Dr Boo tidak keluar DAP
dan tidak pula bertindak menubuhkan parti baru.
Kawan-kawan Chin Tong dalam PAS dahulu menganggap kekalahan
mereka dalam pemilihan PAS sebagai sesuatu yang muktamad buat mereka. Mereka
serang kawan-kawan yang menang dan kemudiannya mereka bertindak keluar parti,
lari mencuri kerusi-kerusi yang menang atas tiket PAS dulu dan kini menubuhkan
parti baru.
Rumah telah cuba mereka bakar dan kini mereka membina rumah
baru.
Anehnya kawan-kawannya yang bertindak demikian ia raikan
tetapi Dr Boo bertindak letak jawatan Ketua Pembangkang, Chin Tong kesali pula.
Agak-agak kemanalah Dr Boo selepas ini?
No comments:
Post a Comment