Banyak-banyak lawak di bulan puasa ini saya kira tak ada yang
menandingi lawak bahawa Kedai Mamak 24jam kononnya punca peningkatan gejala
sosial seluruh negara.
Saya pasti bukan saya seorang yang tersengeh dengan dapatan
ini, malah rata-rata kebanyakkan rakyat Malaysia tidak boleh menerima alasan
yang dangkal dan mengatasi logik ini.
Menurut Menteri di JPM Shahidan Kassim:
“Terdapat kebimbangan bahawa anak muda menghabiskan masa
terlalu banyak di tempat-tempat seperti ini dan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat”
Kalau yang mahu dikawal adalah pusat-pusat hiburan
termasuklah kelab-kelab malam, pub atau pusat-pusat minum arak, rumah-rumah
urut ataupun cyber café, mungkin ada juga masuk akal, kerana tempat-tempat ini memang
lubuk-lubuk maksiat iaitu punca-punca kejahatan yang sering meledakkan pula
gejala sosial yang meroskakkan masyarakat.
Tetapi menghalakan telunjuk ke Kedai-kedai Mamak yang
menghidangkan roti canai dan teh tarik, (arak saya pasti tidak ada dijual di
kedai-kedai mamak) sebagai punca peningkatan gejala sosial, saya rasa Menteri
berkenaan punya potensi jika menyertai gelanggang Maharaja Lawak.
Menurut Shahidan yang mahu dikawal bukan Kedai-kedai Mamak
di pusat bandar tetapi berhampiran kawasan-kawasan perumahan, walaubagaimanapun
kedai-kedai makanan segera 24 jam sepeti KFC dan Mc Donalds tidak pula
terlibat.
Sesungguhnya kedai-kedai ini mampu beroperasi 24jam oleh
kerana di sana terdapt permintaan baginya. Sebilangan besar masyarakat Malaysia
bekerja di luar shift 9 pagi ke 5 petang, ada yang tamat bekerja atau baru mahu
masuk bekerja di waktu yang orang lain telah tidur dan ini bukan hanya
melibatkan pekerja kilang. Ini termasuklah mereka dalam sektor tertentu termasuk
kerajaan, umpamanya polis, bomba, kakitangan hospital, agensi penguatkuasa, sebahagian
mereka yang dalam sektor kewangan, ICT, sector pembinaan dan pengurusan
permbersihan dan lain-lain.
Ramai mereka inilah yang menyumbang ke arah permintaan
terhadap kedai-kedai mamak untuk beroperasi 24 jam.
Mungkin ada segelintir penyangak yang berlonggok di
kedai-kedai ini bagi tujuan jahat dan negatif, tetapi berapa ramai agaknya?
Berapa ramai kalau nak disbanding dengan maksiat dan kejahatan di pusat-pusat
hiburan seperti yang saya sebutkan di atas. Bom pun pernah dilontarkan di kelab
malam di KL, bukannya Kedai Mamak!
Di kedai mamak tiada GRO, dikedai mamak tiada pelacuran,
dikedai mamak tiada yang menelan “ice” atau pil-pil khayal, kerana ia tempat
terbuka.
Bagi saya banyak lagi kerja lain boleh Menteri dan kerajaan
lakukan dari menghadkan operasi kedai mamak yang sudah menjadi sebahagian dari
budaya dan tradisi rakyat Malaysia.
Agak-agaknya berapa bintang juri boleh berikan pada Shahidan
dalam"persembahan" ini?
1 comment:
1/2 * cukup le
Post a Comment