Saturday, June 20, 2015

PAS mahu melangkah ke hadapan (20/6/15)

Kita sudah mahu pentas bergerak ke hadapan. Kerja-kerja dakwah Islam dan memartabtakan Islam perlu terus dipertingkatkan. Muktamar ke 61 yang dahulunya ditunggu-tunggu oleh semua pihak telah pun lama melabuhkan tirainya.

Yang kecewa perlu menerima hakikat dan yang menang perlu bangkit melaksanakan amanah.
Bagi yang mahu terus membikin onar dan menyerang PAS dari dalam, jalan terbaik bagi mereka adalah melompat naik ke bahtera lain kerana mereka yang di dalam bahtera PAS ini mahu istiqamah atas haluan yang telah ditetapkan.

Itulah penyelsaian yang terbaik.

Sementara itu sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS tempuh hari kerjasama politik PAS melalui Pakatan Rakyat terus dikekalkan. Bermakna PAS akan terus berkerjasama dengan pihak-pihak yang mesra dan masih mahu berkerjasaman dengannya.

Walaupun DAP kelihatan seakan telah membakar jambatannya dengan PAS, namun PAS terus mahu bergerak ke hadapan.

Walaupun mereka yang kecewa terus mendesak agar PAS gulung tikar dan tinggalkan PR, tetapi PAS bukan bergerak atas arahan atau desakkan mereka yang kecewa. PAS punya saf kepimpinan yang teguh yang tegas mahu terus memacu ke hadapan.

Memang diakui hubungan antara PAS dan DAP tegang. Tetapi PAS masih akrab dengan PKR dan PKR diyakini akan memain peranan sebagaimana lagaknya seorang kawan.

Saya tertarik dengan ulasan yang diberi oleh ahli Parlimen Padang Serai yang juka ahli MPT PKR N. Surendran sebagaimana terbit dalam akhbar The Star hari ini bawah tajuk 

“Oppositon bloc still exists”

Menurut akhbar berkenaan dalam mendakapi realiti politik PR hari ini:

The coalitions issues with PAS on its hudud implementation did not mean that they disagreed with PAS on everything else.

Masalah pakatan dengan PAS berhubung perlaksanaan hudud tidaklah bermakna yang mereka tidak bersetuju dengan PAS dalam perkara-perkara lain.

Inilah semangatnya. Dan inilah sebenarnya apa yang mahu diketengahkan oleh Tuan Guru Presiden PAS selama ini. PAS tahu dan tidak pernah memaksa DAP atau PKR untuk menerima perlaksanaan hudud, akan tetapi DAP dan PKR tidaklah boleh memaksa PAS menolak tuntutan ini kerana PAS mengharapkan mereka walaupun tidak bersetuju tetapi tidak menentang dasar dan cita-cita perjuangan PAS.

Usia sepatutnya mendewasakan kita. Sebanyak mana PAS menghormati dan memperakui dasar dan perjuangan rakan-rakannya dan PAS tidak pernah mencampuri urusan dalam rakan-rakannya maka PAS turut mengharakpan rakannya juga begitu.

Diharapkan rakan-rakan dalam pakatan akan segera menerima hakikat ini dan terus melangkah ke hadapan berhadapan dengan musuh politik kita yang sebenar.

Biarlah yang kecewa dalam PAS itu terjun dengan labu-labunya, yang lainnya terus melangkah ke hadapan.


No comments: