DAP telah pun
menyatakan pendiriannya dan diperingkat ini pendirian itu telah pun sampai ke
setiap pelusuk dan ceruk.
Ada yang
kesal dengan sikap DAP itu. Ada yang tidak dapat terima. Ada yang menganggapnya
“childish” atau keanak-anakkan. Ada yang merasakan DAP memang sudah tidak mahu
berkawan lagi dengan PAS dan pendirian yang dinyatakan itu sekadar mengesahkan
pendirian mereka sekian lama.
Namun ada juga
yang seperti Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam yang dengan selama berkata:
“Apabila
mulut tak dijaga, kata-kata tak dijaga, tindak-tanduk tak dijaga, maka inilah
hasilnya,"
Bagi yang
seperti AP Shah Alam itu, ia memang dijangka, alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangka lengan, alang-alang mahu merobohkan PAS biar sampai dibakar
hangus.
PKR
difahamkan akan mengadakan mesyuarat Biro politiknya malam ini untuk
membincangkan pendirian DAP itu dan menyatakan pula pendiriannya. Benarkah
sebagaimana dakwa Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat sudah bubar?
Saya yakin
tidak seperti DAP, PKR masih memiliki barisan pimpinan yang rasional dan
berpandangan jauh, yang menitikberatkan kerjasama dan menghargai jasa dan
sumbangan kawan-kawan.
Apa pun saya
percaya bagi PAS diperingkat ini keyakinan keseluruhan ahli dan pendukung PAS
(kecuali segelintir yang kecewa sebagaimana ahli Parlimen di atas) terletak
pada Presiden dan saf kepimpinan parti. Kiranya PKR masih menghargai PAS
sebagai sahabat saya yakin PAS akan kekal bersama PR.
Namun
demikian kiranya PKR atas apa sebab pun tiba-tiba cenderung dengan sikap DAP
dan memilih untuk memutus hubungan dengan PAS sekalipun, PAS akan terus
berjuang.
DAP telah
membakar jambatannya dengan PAS. Bagi mengiakan tindakannya itu DAP turut
menaburkan alasan-alasannya antaranya:
Bahawa
kononnya PAS dalam beberapa perkara telah enggan mematuhi konsensus PR. Insiden
krisis MB Selangor dipetik. Sejak bilakah “Langkah Kajang” melalui proses konsensus?
Tidakkah aneh dalam beberapa hal boleh berlaku keputusan tanpa konsensus tetapi
apabila PAS tidak bersetuju, lalu PAS dipersalahkan.
Guan Eng
terus-menerus memainkan isu UG atau “Unity Government”. Bukankah prpoganda UG
ini semata-mata satu tuduhan jahat yang tidak berasas. Ia dinyanyikan oleh
Pasma dan segelintir pimpina kecewa dalam PAS dan DAP turut menumpang berduet
sekali.
Malah semasa
Langkah Kajang dan Krisis MB Selangor, tiada langsung bukit UG PAS-Umno ini
walaupun ianya terus didendangkan. Tidakkah PAS bertindak kekal bersama Tan Sri
Khalid sebagai MB dahulu semata-mata kerana mahu mempertahankan kerajaan PR
dari jatuh ke tangan Umno/BN?
Sangatlah
dikesali apabila Guan Eng boleh terjebak dalam politik sebegini menggunakan
fitnah UG untuk mengkambing hitamkan PAS.
Hakikatnya
PR bersama DAP gagal kerana Guan Eng angkuh dengan memaksa citarasa politiknya
tanpa mengambil kira pandangan dan pendirian pihak lain. Dasar dan prinsip
perjuangan kawan-kawan mahu dengan senang Guan Eng pinda dan hapuskan.
Konsensus
disalah ertikan, dan berbeza pandangan dikira sebagai menentang PR dan mahu
bercumbuan dan berasmara dengan Umno.
Setelah
memaki hamun Presiden PAS, setelah merelakan DAP Sabah dan Sarawak bertindak
memutuskan hubungan dengan PAS di sana. Setelah memberi gelanggang dan medan
kepada 2 ADUN PAS Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS seolah sebagai
wira, setelah bersekedudukan dengan Pasma dan menaja agenda mereka, setelah
berkempen terang-terangan untuk menolak Tuan Guru Hj Abd Hadi dan para ulamak
dari teraju kepimpinan PAS, kini Guan Eng mengadu PAS yang bersalah. PAS yang
memberi masalah. PAS yang jahat.
Tidak
ketinggal;an Guan Eng turut mempertiaikan pelaksanaan syariat Islam dikalangan
rakyat yang beragama Islam sesuatu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini
dengan senang hati Guan Eng isytihar PAS lah yang telah meruntuhkan PR.
Bagi saya
tindakan Guan Eng ini bakal membakar dirinya. Di mata rakyat Malaysia jelas
Guan Eng angkuh dan tidak ada ruang dalam hatinya untuk bertolak-ansur walau
dengan kawan-kawan yang pernah satu ketika berkorban untuknya.
Rakyat
Malaysia bukan hanya orang Melayu Islam malah yang bukan Melayu termasuklah
Cina dan India boleh menilai sikap dan perangai Guan Eng ini. DAP mungkin
kelihatan besar hari ini tetapi ia juga pernah corot dan merosot sehingga
mendiang Karpal dan Kit Siang tewas dan terkeluar dari Parlimen.
Kita harap
Guan Eng boleh berubah atau ahli-ahli DAP menasihati dan mengubahnya. Jika tidak
jangan terlalu yakin rakyat akan boleh menerima alasan-alasannya itu dengan
mudah dan membuta-tuli. Rakyat Malaysia jangan sekali-kali dipandang rendah.
Apa pun
kesimpulannya kita mengharapkan PKR dapat menyelamatkan PR kerana ternyata PAS
masih bersedia mahu berjuang melalui PR. Namun jika tiada lagi yang mahu
berkawan dengan PAS, PAS saya yakin akan terus menggalas amanah perjuangannya
samada dengan kawan-kawan atau tanpa kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment