Monday, June 01, 2015

PAS akan keluar atau tidak Pakatan? (1/6/15)

Dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS sebentar tadi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa PAS sekali-kali tidak akan keluar Pakatan Rakyat walau siapa sekali pun yang menang dalam pemilihan Muktamar PAS ke 61 minggu ini.

Menurut The Star Online beliau turut berkata:
“It’s not right to say that PAS will seal Pakatan’s fate. It is also baseless to say that there are pro-Pakatan leaders and anti-Pakatan leaders.

“There’s no such thing. There’s not one top leader in the party who insists that PAS should leave Pakatan,”
(Tidak benar menyatakan bahawa PAS akan memutuskan nasib Pakatan. Tidak berasas menyatakan ada pemimpin pro Pakatan dan ada yang anti Pakatan.Tidak ada sama sekali. Tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PAS yang mahukan PAS keluar Pakatan)

Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa itu, akan tetapi apakah yang sebenarnya sedang berlaku d luar sana? Adakah ia selari sebagaimana ditegaskan beliau itu?
Lihat laporan TMI baru-baru ini:

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar Pakatan Rakyat (PR).
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-sindir-hadi-mahu-bawa-pas-keluar-pakatan#sthash.V5fAGyr1.dpuf

Di Dewan Himpunan Cina Selangor baru-baru Dato Seri Nizar Jamaluddin membayangkan ada pemimpin yang sengaja mahu bermasalah dengan PR beliau dilaporkan berkata:
“Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

“Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.
AJK PAS Pusat Khalid Samad pula sebagaimana dipetik oleh FMT News dilaporkan berkata:

Pas akan ‘berwajah baru’ dan lebih ekstremis sekiranya calon yang dilabelkan golongan liberal kalah dalam pemilihan parti pada Jun ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Pas berwajah baru itu akan lebih mirip kepada Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA yang ekstremis.

Katanya, jika kekalahan itu berlaku, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dan senario politik negara ini akan berubah.

Tidakkah kenyataan-kenaytaan di atas kontra sama-sekali dengan kenyataan Datuk Mustafa tadi? Ada rupanya orang-orang PAS yang terang-terangan menjolok kononnya PAS akan keluar PAkatan.
Dan kebetulan dalam akhbar The Malay Mail Online hari ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula dipetik berkata:

“If Hadi wants to take PAS out, he can take it out. We are not worried"

(Jika Hadi mahu bawa PAS keluar (Pakatan) dia boleh berbuat demikian. Kami tidak bimbang)
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/guan-eng-pakatan-can-fight-alone-without-pas#sthash.T5sEBXKB.dpuf

Saya perhatikan PAS memang tiada bermasalah untuk kekal dalam Pakatan Rakyat. Melalui penyertaan dalam Pakatan ini PAS memang berjaya menembus beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap sukar. Malah begitu juga buat PKR dan DAP hakikatnya. Ketiga-tiga parti ini perlu kekal bagi berhadapan dengan BN.
Akan tetapi PAS khasnya di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, sangat berhati-hati kerana dalam waktu yang sama beliau memegang amanah memastikan dasar dan prinsip PAS selaku sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sekali-kali akan tergadai atau dikompromi ketika berada dalam Pakatan.

Apa yang ketara rakan dalam Pakatan khasnya DAP yang seakan tidak selesa dengan “style” kepimpinan Tuan Guru. Mereka yang bersungguh-sungguh mahu berpatah arang dan berkerat rotan dengan Tuan Guru sedangkan beliau adalah Presiden parti. Begitu juga dengan beberapa kerat pimpinan "desperado" dalam PAS sendiri.

PAS saya percaya akan terus kekal dalam Pakatan selepas Muktamar ini kecuali ada orang dalam PAS yang merasakan matlamat boleh menghalalkan cara. Biar kendur dan mudah-mudahkan dulu Islam demi mahu menang besar, dah menang baru cerita, saya rasa mereka yang sebegini yang tidak disenangi perwakilan PAS.
Tuan Guru diyakini tidak sekali-kali akan begitu dan kerana itu demi mempertahankan Islam hanya beliau yang layak duduk di kerusi Presiden. PAS insyallah akan kekal bersama Pakatan di bawah beliau dan Islam insyalah akan sentiasa terpelihara.

 

 

No comments: