Saturday, June 13, 2015

"Tetamu senja" disenja usia (13/6/15)



Bergegar bumi dan gunung, berkocak bergelombang samudera dan laut. Apa tidaknya “Perwira Ubah” dinobatkan serba megah berpayungkan langit dan roket merah.

Disenja usia demi mahu memikul dan membawa pulang “bakti mesra kepada Tuhan kepada insan”(bait-bait “Tetamu Senja”) dengan megah dan penuh yakin Sasterawan Negara ini, mendakap dan memikul panji-panji perjuangan menegakkan Negara sekular berlunaskan demokrasi sosial dan keadilan serta hak sama rata buat semua, maka jadilah Datuk A. Samad Said mulai hari ini pada usia lanjut 80 tahun ahli Parti Tindakan Demokratik atau DAP yang diketuai Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Apa pun Pak Samad berhak memilih apa sahaja wadah perjuangan yang ia yakini dan percaya. Hari ini beliau percaya DAP lah parti yang paling sesuai buat dirinya sekaligus Guan Eng lah pemimpin yang paling cocok buat jiwanya.

Bukankah beliau sendiri yang menyebut:

Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Semoga beliau berjaya. Semoga ramailah sekurang-kurangnya anak-anak Melayu, orang-orang seni yang akan berbondong terjun bersama Pak Samad menaiki roket merah menuju destinasi impian. Pasti DAP berketuakan Guan Eng punya seribu satu perancangan memanfaatkan penyertaan tokoh Sasterawan Negara itu.

Kami yang di sini mungkin sekadar kagum dengan karya-karya Pak Samad tetapi tidaklah lebih dari itu. Sebanyak mana kita menghargai kaya-karya sastera Melayu yang kaya yang terbit dari hasil tangan Pak Samad, tetapi untuk naik roket merah, biarlah Pak Samad sahaja, kerana bukankah:

“Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat…..”


1 comment:

Anonymous said...

Dia ni bukan usia senja tapi usia lepas maghrib.dah buang tabiat lah tu.apa yg dia nk jawab nanti sepatut usia segitu kena betul taubatnya Dan amal ibadat nya.aku malu dengan melayu sempudal ni