Di situlah telah lahirnya Kesultanan Melayu Selangor dan
paling istimewa, di Kuala Selangor lah tercatat sejarah bilamana anak-anak
Melayu di bawah pimpinan Sultan Ibrahim, Tuanku Sultan Selangor ke 2 telah
berjaya buat pertama kali dalam sejarah Tanah Melayu, menghalau keluar penjajah
asing yang merupakan kuasa dunia ketika itu.
Belanda menawan dan menjajah Kuala Selangor pada 1 Ogos 1784
ekoran konflik dirantau ini ketika itu sehingga mengakibatkan Sultan Ibrahim
terpaksa berundur ke Hulu Selangor.
Akan tetapi berkat istiqamah dan kecekalan Baginda dan anak-anak tempatan
selain bantuan dari orang-orang Pahang tidak sampai setahun Belanda bertapak,
pada Januari 1785, mereka diusir keluar dan Kesultanan Selangor kembali
bertapak di Kuala Selangor.
Sehingga hari ini pengaruh Belanda masih dapat dilihat
kesannya khususnya di sekitar Bukit Malawati.
Berbalik kepada Muktamar PAS ke 61. Saya perhatikan kali
ini, Mukatamar PAS yang walaupun telah diadakan berulang tahun sejak lebih enam
dekad lalu, kali ini ianya mendapat perhatian cukup isitimewa dari semua pihak
kawan dan lawan apalagi pihak media.
Malah para pemerhati dan orang-ramai yang berhimpun sekitar Stadium
Tertutup itu selama tiga hari membuktikan betapa Mukatamar kali ini benar-benar
telah menarik minat dan sikap ingin tahu banyak pihak.
Ringkasnya bagi saya minat ini sebenarnya memuncak berikutan
ada satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu yang mahu merobah pucuk pimpinan
parti khasnya teraju nombor satu parti. Malah bukan sahaja teraju yang mahu
diubah usaha tersebut dilihat sehingga melibatkan mahu merobah hala tuju parti agar
dapat disemak-semula supaya kononnya bersesuaian dengan selera dan tuntutan semasa
berdasarkan agenda tertentu.
Ramai melihat PAS mahu diubah, pendekatan PAS mahu dirombak,
lantas usaha ini telah menarik keprihatinan ramai, apakah akan berlaku dalam
hidup mereka PAS yag telah berusia lebih enam dekad ini akhirnya akan dicanai
semula menjadi sesuatu yang baru, sebagaimana munculnya Belanda lebih 230 tahun
dahulu dengan tujuan mahu merobah lanskap politik Kuala Selangor ketika itu.
Perkembangan pra muktamar telah melihatkan Presiden PAS Dato
Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang diserang bertalu-talu bukan hanya oleh mereka
yang mahu merebahkannya dari peringkat dalaman, kawan-kawan dari luar juga turut
menenggek melepaskan serangan bertalu-talu dengan tujuan membantu merebahkan
beliau sebagaimana Belanda mendapat bantuan seorang anak Raja dari Siak untuk
menawan Kuala Selangor dulu.
Kerana itu ramai berhimpun di Kuala Selangor baru-baru ini,
mereka bukan perwakilan tetapi mereka ahli-ahli biasa dan para pendukung dan
penyokong PAS. Saya perhatikan ramai mereka terpaku dari awal sehinggalah akhir
Muktamar lalu saya membuat rumusan lantaran kasih dan sayang mereka pada perjuangan
PAS ini maka mereka menanti dengan penuh sabar keputusan pemilihan parti dan
mereka terus tunggu sehinggalah Dato Seri Tuan Guru menyampaikan ucapan
penangguhan. Mereka berpuas-hati bahawa PAS terus kekal dengan nakhoda yang ada
dan mereka sedar bahtera PAS akan terus belayar di atas landasan perjuangannya
Mereka berpuashati walaupun terpaksa melihat beberapa
kalangan pimpinan lama yang telah biasa dengan mereka dirihatkan namun demi
mengekalkan parti ini istiqamah pada teras perjuangannya mereka sanggup dan
bersedia.
Kuala Selangor kekal menjadi kubu kekuatan kerajaan Selangor
sejak Belanda ditewaskan pada tahun 1785. Sultan Ibrahim telah tercatat dalam
sejarah sebagai salah seorang Sultan yang paling masyhur dan terkemuka. Sebagaimana
Kuala Selangor, PAS juga kita yakin akan kelihatan kukuh dan terus bergerak ke
hadapan dengan mandat dan kepercayaan besar yang diberikan oleh para perwakilan
parti yang mewakili hasrat dan aspirasi keseluruhan besar 1 juta ahli PAS.
Semoga mandat dan kepercayaan ini dapat digalas dengan penuh
amanah dan gigih oleh Tuan Guru serta pasukan barunya. Bermula dari Kuala
Selangor dan insyallah berklahir dengan catatan tinta emas sebagaimana Almarhum
Sultan Ibrahim di Kuala Selangor dahulu.
No comments:
Post a Comment