Muktamar Dewan Pemuda akan dirasmikan malam ini manakala Dewan Muslimat esok pagi
Sesungguhya kedua-dua Dewan ini memain peranan penting lebih-lebih lagi Ketua masing-masing akan duduk bersama Presiden dalam Dewan Harian PAS Pusat nanti. Oleh itu memilih seorang pemimpin yang boleh bersama Presiden dalam menggalas tugas dan tanggungjawabnya mengemudi bahtera besar perjuangan PAS ini adalah sangat penting.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini kita telah melihat dan membaca berbagai kempen dan penerangan berkenaan calon-calon yang bertanding. Selain itu ada juga pihak tergamak mengedarkan propaganda jahat berupa fitnah untuk memburukkan calon-calon lawan, yang ini sangat dikesali dan sewajarnya ditangani selepas ini.
Apa pun bagi saya para perwakilanlah nanti yang akan
memberikan keputusan yang muktamad siapa yang selayaknya memegang teraju
menjadi Ketua, Timbalan dan Naib Dewan-dewan berkenaan selain ahli-ahli
jawatankuasa mereka.
Fikirkanlah masak-masak, fikirkanlah dengan iman demi
kepentingan dan kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Blog ini memberikan penghargaan dan mengharapkan agar para
perwakilan menimbangkan mereka yang di bawah ini sebagai pasukan yang bakal
memantapkan kedudukan Presiden PAS nanti, insyallah.
Selamat bermuktamar.
No comments:
Post a Comment