Bekas Setiausaha Agung MCA perli pimpinan MCA
The Sun hari ini memetik laporan akhbar berbahsa Cina,
Oriental Daily Ahad lalu. Menurut laporannya bekas Setiausaha Agung MCA Dr Ting Chiew Peh mendedahkan bahawa tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi MCA Pusat yang berani bertanding di kawasan majoriti Cina sejak tahun 1982.
Dalam Pilihanraya Umum tahun itu Presiden MCA ketika itu Lee San Choon telah mencabar (bekas) Pengerusi DAP Dr Chen Man Hin di Parlimen Seremban. Lee berjaya merampas kerusi Seremban dari Dr Chen pada pilihanraya itu. Ketika itu peratus pengundi Cina di Seremban adaalahs eramai 60%.
Pada hari ini kata Ting lagi pimpinan MCA cuma berani bertanding di kerusi-kerusi campuran dengan harapan para pengundi bukan Cina akan memberikan sokongan kepada mereka.
Tambah Ting lagi pemimpin-pemimpin MCA tidak sepatutnya mengklaskan kubu-kubu kuat pembangkang (kerusi DAP) sebagai kawasan-kawasan hitam. Mereka sepatutnya berani bertanding di kawasan-kawasan ini.
Menurut rekod hanya 3 dari 8 pemimpin tertinggi MCA bertanding di kawasan majoriti Cina, itupun majoritinya sekitar 49 ke 46%.
Apakah maksud Dr Ting membangkitkan isu ini tidaklah dapat diketahu, tetapi yang pentingnya ia perlu diberi perhatian dan diambil kira oleh parti-parti yang berjuang atas dasar perkauman termasuklah Umno dan MIC selain MCA sendiri.
Seringkali apabila perkara seumpama ini disuakan kepada parti-parti perkauman dalam BN maka mereka akan terus melompat dengan mengatakan bahawa atas pemuafakatan BN mereka bebas bertanding tidak semestinya di kawasan majority satu-satu suku kaum.
Realitinya MCA adalah parti yang memperjuangkan nasib kaum Cina, maka layaklah mereka bertanding di kawasan-kawasan yang ramai bilangan pengundi Cinanya, contohnya di Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Bukit Mertajam, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang, Kepong dan lain-lain. Anehnya sebagaimana yang dibangkitkan Dr Ting pimpinan atau kepala-kepala MCA lebih selesa di kerusi-kerusi campuran termasuklah yang bertanding di kawasan majority Melayu.
Demikianlah juga MIC yang merupakan parti yang memperjuangkan nasib kaum India. Kita dapat melihat dalam pilihnaraya kecil di Ijok baru-baru ini kerusi campuran yang majority pengundi Melayu terpaksa dikorbankan kepada sahabat Umno dari MIC.
Bukanlah tujuan saya membangkit atau membakar semangat perkauman sesama kita, saya sekadar memetik laporan akhbar yang melaporkan kenyataan bekas Setiausaha Agung MCA. Dan hakikatnya politik di Malaysia begitulah, walaupun Umno parti yang sepatutnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu, tetapi rela menyerahkan kerusi-kerusi majority Melayu contohnya Bukit Gnatang untuk ditandingi parti yang bukan Melayu!
Anehnya lagi wakil-wakil MCA dan parti-parti komponan BN yang bukan Melayu ini walaupun menang atas sokongan kaum Melayu dari Umno tetapi apabila menang mereka cuma memperjuangkan nasib dan kepentingan kaum mereka. Mereka langsung tidak sensitif dan prihatin akan isu-isu yang meklibatkan kepentingan kaum yang memberikan kemenangan kepada mereka. Siapakah yang mencemuh dan merendah-rendahkan peraturan berkenaan murtad, mempertahankan murtad dalam kes kes Lina Joy, kes Moorthy,menyokong IFC jika tidak wakil-wakil inilah yang diberikan undi dan kepercayaan oleh orang-orang Melayu Islam!
Sering para penganalisa politik mendapati bahawa para pengundi Cina di Malaysia adalah dikalangan kelompok yang bijak dalam membuat keputusan dan perhitungan politik. Mereka dikatakan tidak taksub kepada mana-mana satu parti sehinggakan bersedia mengundi DAP untuk kerusi Parlimen dan MCA atau Gerakan untuk kerusi DUN sebagaimana yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang demi kepentingan dan masa depan mereka masing-masing.
Bayangkan jika para pengundi Melayu/Islam sebijak rakan-rakan mereka dari kalangan kaum Cina, pasti lanskap politik Malaysia akan jauh berubah.