Saturday, June 09, 2007

Umno tidak mahu Membangun Bersama Islam

TPM Najib Tun Razak semalam melakukan lawatan sehari ke Kelantan. Ketika berada di Pasir Puteh beliau dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata:

Umno tidak memerlukan slogan pemerintahan Membangun Bersama Islam yang digunakan oleh kerajaan negeri ini (Kelantan) untuk meraih sokongan.

Tambah Najib lagi:

Kalau dari segi agama bukan saja kita telah menyediakan kemudahan beribadat sebanyak mungkin tetapi lebih dari itu kita berjaya mempertahankan akidah Islam.



Sekiranya masyarakat Melayu/Malaysia berpuas hati dengan sumbangan dan pengorbanan Umno dalam hal-hal keagamaan, sudah pastilah Umno sahaja yang akan kekal sebagai satu-satunya parti Melayu yang relevan di Malaysia. Akan tetapi, apabila wujud kelompongan wujud kelonggaran yang jelas membuktikan ketindaktentuan Umno dalam memperjuang dan melaksanakan Islam yang sebenar, menepati prinsip agama itu, maka masyarakat Melayu/Islam berpecah dan sebahagiannya memilih untuk bersama atau menyokong PAS yang lebih jelas matlamat perjuangannya berhubung Islam.

Memang Umno tidak memerlukan slogan umpama Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam kerana ianya tidak menepati ciri perjuangan parti itu. Ianya boleh dilihat apabila Najib menisbahkan Islam sebagi menyediakan kemudahan beribadat, itulah Islam bagi Umno. Tetapi syariat dan peraturannya yang memberi nyawa kepada Islam, tidak disentuh atau diberi keutamaan oleh Umno lau bagaimanakah kita dapat menerima bahawa Umno kata Najib mempertahankan akidah Islam?

Bagi kita PAS telah membina sebuah pemerintahan berdasarkan Islam sebagaimana dibenarkan oleh ruang lingkup peraturan negara di Kelantan. 17 tahun rakyat Kelantan dapat melihat dan merasai betapa slogan Membangun Bersama Islam benar-benar telah mendirikan satu masyarakat yang akidahnya semakin terbela dan terpelihara. Mereka juga dapat melihat bagaimana nasib Islam di luar Kelantan, dinegeri-negeri yang ditadbir Umno.

Selagi Umno tidak mampu untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang diusaha dan diterokai oleh PAS maka selagi itulah saya yakin rakyat Kelantan tidak akan teragak-agak untuk terus mempertahankan akidah mereka melalui PAS.

No comments: