Sunday, June 24, 2007

Kes rasuah RM5 juta Timbalan Menteri:
Kalau tuduh jadi bodoh!

Dalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA hari ini Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum dilaporkan yakin bahawa laporan BPR yang kononnya membabitkan beliau dengan rasuah RM5juta nanti akan menyebelahi pihaknya. Bermakna belum pun pihak BPR membuat sebarang pengumuman rasmi, Johari telah pun bertindak membersihkan dirinya sendiri!








Kalau kita ingat, perkara inilah yang telah menghangatkan Dewan Rakyat Khamis lalu apabila Menteri di JPM Nazri Aziz bermati-matian mempertahankan Johari sehingga sanggup menggelar Ketua Pembangkang dan ahli-ahli pembangkang yang lain di dewan sebagai BODOH.

Saya mencari-cari juga Hansard di laman web Parlimen, nampaknya seolah ada self censorship di sana dimana sehingga ke hari ini hansardnya tidak di update, mati setakat Rabu 20 haribulan sahaja?!

Lalu saya mengambil inisiatif untuk memungut apa yang dapat ditonton dari rakaman persidangan berkenaan utuk makluman dan iktibar kita semua.






Ketika itu Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang (Ipoh Timur) bangun untuk mengemukakan soalan kepada Nazri, antara lain soalan beliau berbunyi:

Dalam kes Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, nampaknya dia sudah membersihkan nama dia sungguhpun BPR tidak ada mengumumkan apa-apa hasil, sungguhpun AG’s Chamber pun diam, adakah ini satu preemptive, kenapa satu pengumuman tidak dibuat mengenai apa hasil siasatan BPR dan kenapa AG’s Chamber begitu diam dalam perkara ini.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, bukankah benar bahawa tahun ini adalah ulangtahun ke 50 kemerdekaan. Adakah Yang Berhormat (Nazri) sedar kalau kita ikuti perkembangan mengenai korupsi, negara kita dalam 2007 bukan sahaja akan jatuh lebih rendah dari angka tempat ke 44 mungkin sampai tempat ke 50, iaitu tempat ke 50 sempena 50 tahun Merdeka, bukankah ini satu perkara yang sangat memalukan khasnya kerana perkara korupsi, dakwaan korupsi berkenaan ACA Director General, mengenai Timbalan Menteri, mengenai Ketua Menteri Sarawak yang ada di sini hari ini, begitu banyak tuduhan dibuat, mengenai hakim-hakim termasuk Ketua Hakim sendiri, bahkan semua ini menunjukkan bahawa we are at a crisis of corruption, sungguhpun Perdana Menteri kata mahu memerangi korupsi, tetapi ada korupsi yang lebih serius berbanding masa dahulu.

Dan akhirnya bukankah Yang Berhormat sedar bahawa bekas Perdana Menteri sebelum beliau letak jawatan dalam tahun 2003, Tun Dr Mahathir ada menyuarakan harapan bahawa Malaysia boleh menduduki antara negara ke 10 terbaik yang tidak korup dalam Tranparency International Perception Index, adakah ini menjadi panduan kepada kerajaan supaya kita occupy first ten atau first twenty in the TI perception Index?








Lalu Nazri bangun untuk menjawab dan berkata:
Malaysia kita boleh percaya kalau orang macam ni (macam Ketua Pembangkang) tak dak dalam dewan, dia cakap benda yang pembohongan semua aje, tidak ada tuduhan (ketika ini Sdr Lim bangun dan berkata: Tarik balik apa dia pembohongan), itu pandangan orang, itu laporan surat khabar, INI OTAK BENAK, TAK ADA OTAK, TAK ADA OTAK, OTAK DIA BENAK

(Sdr Lim bangkit lagi: Dia kata saya buat bohong) Memang bohong (Sdr Lim: Apa bohong?!). Mana ada tuduhan? OTAK BODOH, TAK RETI BACA KAH, mana ada tuduhan, BODOH KAH, (sambil menggayakan tangannya ke arah kerusi pembangkang) duduk-duduk semua, BODOH, TAK ADA OTAK, saya nak jawab Yang Berhormat (menoleh ke Speaker).

Peratama, kalau cakap mengenai persepsi itu pandangan, sebentar tadi saya bagi pandangan saya, apa salahnya. Persepsi, pandangan, kita boleh pegang pada persepsi, saya nak bagi pandangan saya apa salah.

Saya nak bagi tau 5 juta, mana ada 5 juta? Itu pandangan saya, mana 5 juta yang dikatakan Timbalan Menteri ambil, mana 5 juta tu, mana ada 5 juta, tak ada, duduk, BODOH!

Inilah jawapan dari seorang Menteri Kabinet berkelulusan undang-undang, modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang yang dilahirkan oleh kerajaan Islam Hadhari Dollah Badawi!

Rakyat disuruh memiliki minda kelas pertama, melahirkan modal insan yang dapat menyokong ke arah pembangunan dan kesejahteraan negara, tetapi cubalah kita lihat sikap dan perangai pimpinan tertinggi negara kita. Kalau pun Nazri tidak dapat menerima soalan yang diajukan Ketua Pembangkang itu, perlukah beliau bersikpa kasar dan kurang ajar seperti ini? Saya kira manusia yang mempunyai peradaban dan akhlak yang sempurna tidak akan melabel atau memanggil sesama insan yang lain dengan gelaran-gelaran yang biadap seumpama ini.

Kita sedih dan keciwa apabila berlaku insiden samseng jalanan (road bully), sikap kurang ajar terhadap yang tua dan berumur, saling tidak menghormati sesama jiran tetangga dan seumpamanya, rupa-rupanya Menteri Kabinet Malaysia pun memiliki perangai sedemkian, jadi apalah yang nak dihairankan.

Isu yang sebenarnya adalah, adakah siasatan terhadap Johari Baharom telah selesai, jika sudah mengapa BPR tidak membuat pengumuman rasmi kerana Timbalan Menteri berkenaan kemana-mana sahaja beliau pergi seolah membersihkan dirinya sendiri!

Malah dalam laporan MINGGUAN MALAYSIA hari ini, Timbalan Ketua Pengarah BPR Abu Kassim Mohamed dipetik sebagai berkata pada 11 Jun lalu supaya Johari bersabar menunggu hasil laporan kes berkenaan.

Tetapi kini bukan hanya Johari malah Menteri di JPM pun telah mendahalui BPR dengan membuat pengisytiharan di badan perudnangan tertinggi negara iaitu di Parlimen.

Kalau beginilah keadaan pentadbiran negara, saya bimbang nasib dan masa depan kita begitu kelam dan menakutkan. Biadap dan memualkan sekali jawapan Nazri sehingga laman web Parlimen pun tidak terbit-terbit dengan Hansardnya pada hari berkenaan. Kalau dalam isu BOCOR tempoh hari, satu dunia memandang rendah kepada ahli-ahli Parlimen kita, saya kira sikap biadap Nazri ini lebih-lebih lagi akan meletakkan STANDARD Parlimen kita pada tahap yang terendah di dunia.

Kalau boleh kita ganggu Dollah dalam keseronokkan bulan madunya, tengok-tengoklah sikit perangai anak-anak buah anda, bukan hanya BN dan Umno yang malu, kami rakyat kebanyakkan lebih-lebih lagi malu dengan sikap dan perangai Menteri anda yang TAK ADA OTAK ini!

No comments: