Friday, June 08, 2007

Sayuti seorang mampu menggemparkan para Menteri Malaysia

Sahabat saya Mohd Sayuti Omar atau MSO adalah seorang penulis yang tajam dan kritis. Beliau telah banyak menghasilkan buku-buku politik sepanjang karier penulisannya. Setiap penulisan beliau samada dalam buku-bukunya atau ruangan akhbar ditulis dengan gaya bersahaja, straight to the point namun tidak sekali-kali menggugur atau menggadaikan fakta, ianya sering padat, pedas dan tepat.

Secara peribadi MSO adalah seorang yang peramah namun tidak pandai membodek atau mengampu. Kerana itu beliau digemari oleh para pemimpin yang memang tidak suka dibodek atau diampu umpama Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz. Walaupun ada pemimpin samada dari kerajaan atau pembangkang yang kurang menyenangi style beliau, namun itulah MSO.

Semasa PKR dan PAS sibuk mengatur dan menjalankan kongres dan muktamar masing-masing MSO berada di Nepal bagi meliputi Ekspedisi Merdeka de Everest 2007. Dalam ekspedisi itu beberapa anak tempatan berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest setinggi 8,848 meter.

Apa kerja MSO di sana?






Rupa-rupanya disamping membuat liputan para peserta ekspedisi itu, MSO telah meledakkan sebutir bom yang besar apabila beliau mendedahkan darihal aktiviti seorang Menteri kita di sana di dalam artikelnya dalam akhbar SIASAH bertajuk:

Sukaduka di sebalik Merdeka de Everest 2007

Menurut MSO Menteri Belia dan Sukan Azalina Othman yang berada di Nepal beberapa hari untuk mengikuti perkembangan ekspedisi ini hanya berada selama 13 minit 10 saat sahaja di Base Camp sedangkan masa selebihnya digunakan oleh beliau untuk kerja-kerja lain termasuklah membeli-belah batu-batu perhiasan.


Ternyata pendedahana MSO ini telah mencetuskan kemarahan bukan hanya Azalina termasuklah Menteri Penerangan Zainuddin Maidin sekali (yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan ekspedisi ini kerana kakitangan RTM yang terlibat). Dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini di bawah tajuk:

Azalina bekerja bukan membeli-belah

Zainuddin terpaksa membela Azalina dalam ucapannya ketika menyambut kepulangan wira-wira negara itu di KLIA semalam. MSO juga hadir di KLIA dan kehadiran beliau itu terus mencetuskan rimas dan tidak senang perut Zainuddin dan Azalina. Bayangkan sehingga Zainuddin dalam ucapannya terpaksa berkata:

Turut berada di sini hari ini ialah pihak yang memfitnah Menteri Belia dan Sukan mengatakan beliau ke Nepal untuk mebeli-belah.

MSO menulis di dalam Blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/ :

Soalnya saya tahu kedai mana, di jalan mana dan batu apa yang Azalina beli. Tuan kedai batu permata itu sudah bercerita dengan saya satu persatu. Azalina beli untuk siapa dan batu apa dan untuk dia batu apa? Sapa-sapa nak nombor telefon kedai batu permata itu saya sedia berikan.

Malah beliau mengakui ada mendekati Azalina secara gentelman dengan berkata:

Kalau you tidak beli, you bersumpahlah, nasib baik dalam tulisan itu saya tidak sebut berapa jumlah dan harga batu yang you beli itu.

Demikianlah MSO dan demikianlah kemampuan dan ketajaman penanya sehingga berupaya menggegar dan menyusahkan hidup mereka yang bertaraf menteri. Syabas Sayuti, tulis lagi jangan tak tulis.

(saya teringat pernah berbalah dengan MSO dalam isu Mawi dahulu sehingga dihimpunkan penulisan kami oleh Zulkifli Sulong dalam buku FENOMENA MAWI Apakah PAS sudah berubah?, berbalah dalam penulisan tetapi tetap rakan karib sehingga kini)

No comments: