Perang Rasuah Dollah bagaikan si buta main kriket
Mahkamah Session KL hari ini menolak pendakwaan terhadap bekas bos PERWAJA Tan Sri Eric Chia yang dituduh pecah amanah melibatkan RM76 juta. Hakim Akhtar Tahir melepaskan Eric tanpa memanggil untuk membela diri atas alasan pihak pendakwaan gagal membuutkikan kes prima facie terhadap ptertuduh kerana tidak memanggil saksi-saksi penting.
Apa pun tahniahlah diucapkan kepada Eric kerana berjaya meloloskan diri. Tahniah juga kepada peguamnya Muhammad Shafee Abdullah yang menyifatkan barisan pendakwaan dari pejabat Peguam Negara bagaikan sibuta yuang memain kriket. Sibuta kata beliau tidak dapat melihat bola, kayu pemukul, dan arah tuju, bayangkan kalau sibuta itu bermain kriket.
Apa pun bagi kita kes Eric ini merupakan sebahagian dari kes High Profile yang menjadi kebangaan Perang rasuha Dollah Badawi. Eric didakwa kawan rapat bekas PM Tun Dr Mahathir. Dikatakan Tun gagal mendakwa Eric, Dato Seri Anwar semasa TPM juga gagal, yang berjaya menyeret Eric adalah Dollah, tiba-tiba lolos juga!
Menurut rekod Eric ditahan pihak berkuasa pada 9 Febuari 2004 dan didakwa di mahkamah pada 10 Febuari tahun yang sama.
Eric kini terlepas (tertakluk kepada rayuan pihak pendakwa), dalam kertas pertuduhan Eric beliau dikatakan mengarahkan pembayaran sebanyak RM76.4 juta ke akaun sebuah syarikat di Hong Kong kononnya untuk khidmat bantuan teknikal sedangkan tidak ada keperluan pembayaran seumpama itu.
Yang jelas wang syarikat milik kerajaan sebanyakm itu telah lesap, Eric bebas, siapa yang bersalah?
Kalau kes sebesar ikan jerung ini pun lolos dari pukat tunda Dollah, bayangkanlah ikan kerapu, ikan terubuk, ikan parang, ikan gelama, ikan kembung dan ikan bilis.
Selamat meneruskan Perang rasuah ini, Dollah!
No comments:
Post a Comment