Ramai yang menganggap cadangan Dato Dr Hasan Ali, bekas Naib Presdien PAS semasa sessi penggulungan Ucapan Dasar dalam Muktamar PAS tempoh hari lebih sebagai luahan seorang yang melepaskan geram. Ada juga yang menyatakan Dr Hasan seolah menyelak kain sendiri.
Semasa sessi itu Dr Hasan mencadangkan agar pemilihan untuk jawatan tertinggi parti, kemungkinan dari Presiden ke Naib-naib Presiden disempurnakan dalam bentuk syura sebagaimana diamalkan dalam dalam Dewan Ulamak Pusat (malah saya difahamkan untuk jawatan tertentu dalam Dewan Pemuda Pusat juga). Kata beliau sistem yang diperkenalkan oleh Islam ini penting untuk diamalkan terutama oleh PAS sebagai sebuah parti Islam.
Sekurang-kurangya tekanan ke atas ahli-ahli untuk membuat pemilihan antara pemimpin-pemimpin yang layak-layak belaka dapat dikurangkan.
(Sekadar untuk lontaran, dalam DAP pun (yang sudah pasti bukan parti Islam) beberapa amalan syura seolah dilaksanakan apabila para perwakilan Cuma memilih anggota jawatankuasa tertinggi. Tidak ada pertandingan untuk jawatan-jawatan tertinggi parti. Jawatan-jawatan ini diisi oleh consensus atau persetujuan sesama anggota jawatankuasa tertinggi tadi.)
Memanglah sekiranya cadangan ini diterima banyak perkara perlu diambil kira termasuklah meminda perlembagaan parti dan sebagainya. Walaubagaimanapun sekiranya langkah ini dapat mengelakkan ketegangan dan mengukuhkan perpaduan, mengapa tidak?
Dan menurut BERNAMA hari ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipetik dari KB sebagai berkata:
Secara peribadi saya setuju dengan cadangan itu kerana ia dapat meredakan banyak masalah.

No comments:
Post a Comment