Friday, June 29, 2007

Nama Najib Tun Razak muncul buat pertama kali dalam kes Altantuya

Sejak sekian lama membuat penafian mengenali gadis Mongolia Altantuya Shaaribu yang kes pembunuhannya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tiba-tiba hari ini nama Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak disebut di dalam mahkamah. (Abdul Razak Baginda salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan ini merupakan penasihat kepada Najib).

Menurut laporan nama Najib pada asalnya cuba disembunyikan oleh pihak pendakwaraya. Ketika saudara simati Burmaa Oyunchimeg atau Amy menyambung keterangannya di mahkamah hari ini beliau menyebut pernah melihat sekeping gambar milik simati yang menunjukkan simati dengan Razak Baginda dan seorang PEGAWAI TINGGI dari Malaysia.




Najib dan Burmaa Oyunchimeg atau Amy





Apabila Amy menyebut berkenaan gambar tersebut, pihak pendakwaraya tidak menyambung soal, dan membiarkan isu gambar tersebut tergantung begitu sahaja. Mahkamah seolah kelihatan mahu beredar terus dari isu itu sehinggalah peguam Karpal Singh yang menjalankan tugas sebagai pemerhati bagi pihak keluarga simati memohon untuk menyoal Amy berkenaan gambar itu.

Ketika itu jelas terdapat usaha untuk mematikan isu gambar tersebut apabila pihak pendakwaraya membantah dan berlaku pertengkaran antaranya dan Karpal sehinggalah Hakim Zaki Mohd Yasin memutuskan untuk memberikan kebenaran kepada Karpal.

Lalu Karpal bertanya Amy siapakah yang turut kelihatan dalam gambar tersebut.

Jawab Amy gambar tersebut menunjukkan simati sedang makan disebuah meja bulat bersama Razak dan seorang PEGAWAI TINGGI serta beberapa orang lain.

Karpal lalu bertanya adakah beliau mengenali PEGAWAI TINGGI itu.

Kata Amy saya masih ingat namanya NAJIB RAZAK, (saya ingat) kerana mereka mempunyai nama yang sama iaitu RAZAK. Saya menyangkakan mereka bersaudara. Saya pernah bertanya pada simati adakah mereka berdua ini bersaudara.

Sejurus itu berlaku pertengkaran lagi antara pihak pendakwaraya dan Karpal sehinggalah Hakim Zaki mengambil keputusan menangguhkan persidangan.

Mungkinkah dengan pendedahan ini, bergoncang Putrajaya?

Mungkinkah Amy juga mengenali PEGAWAI TINGGI itu?

Nampaknya kisah cinta menyayat hati ini mula masuk ke babak SUSPENSE nya. Dan saya yakin yang lebih SUSPENSE sekarang adalah PEGAWAI TINGGI di Putrajaya!




NOTE:


AC commented that the pic I attached above is not that of Amy's, he wrote:

Encik Roslan, ini bukan gambar Amy. Amy tak pernah pakai topi dan dia selalu pakai cermin mata besar macam gaban. Amy lagi cun. Yang ni sepupu dia yang lain. Razak dgn Altantuya, Najib dgn Amy kot. Bukan Amy Search tau.

Well I took that pic from MStar on line.

Ini ada sekeping lagi gambar Amy, meminjam dailog Kasim Selamat dalam Ibu Mertuaku:

Barangkali pelanduk dua serupa

Razak dan Najib minat pelanduk agaknya.

No comments: