Monday, June 11, 2007

Ketua Polis Negara nafi dakwaan Singapura

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Singapura bahwa salah seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan di bawah ISA oleh Republik itu pernah mendapat latihan militan di Malaysia telah dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Berita Harian Singapura, Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Musa Hassan, yang agak marah dengan laporan itu, menegas kan tiada kegiatan militan di Malaysia seperti yang didakwa Singapura. Kata beliau:

Tidak ada gerakan JI di sini, dan laporan Kementerian Dalam Negeri Singapura tidak benar, saya tidak pernah dengar dan tidak dapat laporan sebarang gerakan JI atau Al Qaeda di negara ini.






Kita dapati setiap kali Singapura menangani masalah rumahtangga mereka berhubung apa yang dikatakan tindakan puak pelampau Islam maka dengan mudah jari mereka akan menuding ke arah Malaysia, dan tuduhan terbaru ini sekali lagi membuktikannya.

Saya kira tuduhan borong seumpama ini menjejaskan imej negara dan keharmonian rakyat di negara ini. Di Malaysia semua pihak tidak kira bangsa, agama atau fahaman politik sepakat menolak apa sahaja bentuk keganasan samada agama, perkauman atau yang dicetuskan oleh fahaman dan ajaran sesat. Tindakan Singapura menuding jari ke arah Malaysia seolah menuduh bahawa Malaysia memiliki kem-kem latihan pengganas, satu tuduhan jahat dan sangat tidak bertanggungjawab.

Saya mengucapkan syabas kepada Tan Sri KPN dan berharap agar pihak kerajaan melalui Wisma Putera mengirimkan bantahan sekeras-kerasnya kepada kerajaan Singapura dan menuntut agar mereka menarik balik tuduhan jahat itu. Selesaikanlah masalah rumah tangga sendiri tanpa perlu menyalahkan pihak lain.

No comments: