Akhirnya Peguam Negara membuat penjelasan mengapa pasukan pendakwaan dalam kes bunuh HIGH PROFILE Altantuya Shaaribu ditukar serta-merta.
Menurut Tan Sri Abdul Gani Patail ianya dilakukan kerana:
DPP Salahuddin Saidin yang mengetuai barisan pendakwaan telah dilihat bermain badminton dengan hakim kes itu, Datuk Mohd Zaki Md Yassin (Utusan Malaysia)
Tambah Tan Sri Gani lagi:
Situasi seperti itu mungkin akan ditafsir dan dieksploitasi untuk faedah tertentu oleh pelbagai pihak bagi apa jua tujuan yang mungkin menarik persepsi negatif ke atas intergriti Pejabat Peguam Negara dan mahkamah dan perlaksanaan perbicaraan secara adil (Utusan Malaysia)
Saya mengucapkan syabas kepada Tan Sri Gani kerana tindakan pantas beliau itu. Di dalam pengamalan undang-undang terdapat dictum atau amalan yang berbunyi:
Justice must not only be done but it must be seen to be done
Keadilan itu bukan hanya perlu dilaksanakan tetapi ianya juga perlu dilihat dilaksanakan
Walaubagaimanapun dalam hal ini sekiranya DPP Salahuddin dilihat bermain badminton dengan Hakim Datuk Mohd Zaki saya kira bukan hanya DPP Salahuddin yang patut diganti tetapi juga hakimnya! Dalam hal ini saya teringat bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abbas dalam satu ucapannya pada tahun 1988 dahulu pernah menyebut(The Role of the Independent Judiciary: Tun Salleh Abbas (Percetakan AZ Sdn Bhd 1989)):
We judges must act with responsibility and dignity and we must not conduct ourselves in a manner which exposes us and the system with which we operate to unnecessary criticism.
Kita para hakim mestilah bertindak dengan penuh tanggungjawab dan bermaruah, dan kita tidak boleh mengamalkan apa sahaja yang mungkin mendedahkan diri kita dan sistem yang kita kuasai pada kritikan yang tidak sepatutnya.
Saya yakin pendedahan Tan Sri Gani ini telah sedikit sebanyak mencetuskan kerguan dihati rakyat apalagi keluarga Altantuya terhadap hakim yang ada. Tindakan Tan Sri Gani mengarahkan pertukaran serta merta pegawainya sangatlah dialu-alukan, tetapi Hakim Datuk Zakin bagaimana?
Sebagai seorang hakim saya pasti beliau akur dan faham akan adab dan peraturan yang perlu beliau amalkan demi mempertahankan integriti dan maruah institusi kehakiman. Tun Salleh semasa beliau Ketua Hakim Negara dahulu pernah menyebut hatta majlis-majlis sosial dan keraian yang melibatkan pimpinan negara pun para hakim perlu berhati-hati apabila melibatkan diri inikan pula bersosial seperti bermain badminton.
Mudah-mudahan Majlis Peguam Malaysia atau apa sahaja badan yang berkaitan akan bertindak terhadap pendedahan terbaru ini. Selagi ianya tidak ditangani maka selama itulah sistem kehakiman negara akan terus dipertikaikan dan selagi itulah kisah sebenar disebalik pembunuhan mendiang Altantuya akan terus menjadi buah-mulut orang-ramai.

No comments:
Post a Comment