Sunday, June 10, 2007

Campak Membangun Bersama Islam
gantikan dengan Manaj Islam Hadhari

Rakyat Kelantan kini diberikan pilihan terbuka oleh tidak lain dan tidak bukan Pengerusi Umno negeri itu yang juga Ketua Pembangkang Annuar Musa. Mereka boleh terus kekal di bawah kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dengan slogan Membangun Bersama Islam atau menggantikannya dengan beliau sendiri yang menjanjikan sebuah kerajaan dengan slogan Manhaj Islam Hadhari.

Tawaran Annuar itu dibuat semasa berucap dalam konvensyen Wanita Umno Kelantan di Bachok.


Isunya apakah rakyat Kelantan yang telah lebih 17 tahun berpayungkan Islam di bawah kepimpinan telus dan bersih Tok Guru tiba-tiba mahu bertukar selera dengan satu slogan Islam yang dibawa pula oleh personaliti umpama Annuar.

Orang Kelantan saya yakin kenal sangat siapa dia Annuar kalau nak dibandingkan dengan aklak dan keperibadian Tok Guru.

Saya tersenyum keseorangan apabila membaca bahawa prinsip pertama slogan Annuar itu adalah menempatkan Islam paling hadapan dalam segala perkara.

Dalam erti kata lain selama Umno memerintah Kelantan sebelum ini Islam tidak begitu sehinggalah PAS menang dan kini Umno cuba megumpan rakyat untuk menang di Kelantan dengan menjanjikan Islam juga. Kalau serius Umno mahu kepada Islam mengapa tidak dilaksana sahaja prinsip pertama ini dinegeri-negeri yang telah sedia mereka kuasai.

Maksiat bermaharajalela, premis arak dan judi merata-rata, tidak ada usaha serius mendekatkan rakyat kepada agama umpama bulan solat, kempen menutup aurat, konsert dan hiburan liar disogok kepada rakyat saba hari, itulah Umno dinegeri-negeri lain. Bukankah Umno Kelantan dari satu darah dan daging juga.

Kesimpulannya berilah amanah kepada mereka yang benar-benar layak dan beramanah pula untuk memikulnya. Katakan TIDAK kepada Manhaj Islam Hadhari Annuar Musa itu, semoga Kelantan Terus Membangun Bersama Islam.

No comments: