Salam Dari PUTIK
Terlebih dahulu saya memnohon maaf kerana tidak update Blog ini sejak Jumaat lalu. Saya kini berada di Kota Bharu.
Mukatamar PAS kali yang ke 53 masuk hari yang terakhirnya hari ini. Pagi ini para pimpinan dijangka menjawab dan mengulas isu-isu yang dibangkitkan oleh para pewrwakilan sejak Jumaat lalu. Sebelum sessi ucapan penangguhan pihak Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat dijangka mengumumkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti.
Mood di PUTIK atau Pusat Tarbiyaah Islamiah Kelantan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail, ceria dan mesra walaupun kadangkala terdapat ucapan yang tegas dan panas dari para perwakilan. Namun rata-rata kemesraan terjalin antara para perwakilan yang hadir dari kawasan-kawwasan PAS seluruh negara itu.
Saya melihat tuan rumah iaitu PAS Kelantan mengendalikan pengurusan muktamar di PUTIK dengan baik dan segalanya berjalan lancar. Tiap-tiap EXCO diberikan satu pertugasan khusus dari jamuan, dewan dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Muktamar Dato Takiyuddin Hassan dan rakan-rakan.
Saya menerima banyak email dan SMS bertanyakan bagaimana keputusan pemilihan tempoh hari. Memang kesemua perwakilan yang berada di PUTIK semuanya dalam EXCITEMENT menunggu-nunngu keputusan yang dijangka mencorakkan baridan kepimpinan PAS bagi menghadapi Umno dan BN dalam pilihnaraya terdekat ini.
Keputusan insyallah akan diumumkan jam 11 pagi ini. Secara peribadi saya merasakan berkemungkinan jawatan-jawatan yang ada terutama yang terkanan tidak akan menyaksikan perubahan kecuali satu jawatan Naib Presiden yang dikosongkan apabila Dato Dr Hasan Ali mengumumkan menarik diri dari bertanding kali ini.
Saya mengharapkan Dr Hasan akan terus diberikan tempat untuk berkhidmat dalam parti memandangakan personaliti dan pengalamannya yang sangat banyak dan berharga itu.
No comments:
Post a Comment