Mungkinkah ada konspirasi dalam kes pembunuhan Altantuya?
Saya percaya ramai daripada kita mengikuti dengan penuh minat kes Altantuya Shaariibu yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi KL. Berbagai tanggapan dan andaian dibuat oleh berbagai pihak, tetapi kesudahannya nanti sama-samalah kita ikuti keputusan mahkamah.
Sesuatu yang menarik dalam laporan perbicaraan ini semalam adalah apabila peguam pemerhati keluarga mangsa iaitu Karpal Singh mempertikaikan mengapa kedua-dua pihak pendakwa dan pembela boleh bersetuju untuk membuang keterangan seorang saksi iaitu kawan kepada simati Uuriintuya.
Sakasi berkenaan semasa memberikan keterangan menyatakan bahawa pada 24 November lalu semasa beliau dan seorang lagi rakannya mahu pulang ke Monggolia, mereka telah terkandas di KLIA apabila system komputer Imigresen di sana didapati telah meadamkan nama mereka dan Altantuya dari rekod. Bermakna mereka bertiga menurut rekod Imigresen tidak pernah terbang masuk ke Malaysia melalui KLIA, sedangkan ketiga-tiga mereka memegang tiket penerbangan pergi dan balik.
Ternayta seolah ada konspirasi pihak tertentu untuk memastikan pemansuhan rekod ini dilakukan. Mengapa? Menurut Karpal ia mungkin dilakukan bagi menunjukkan yang simati seolah tidak pernah masuk ke Malaysia, oleh itu mayat yang dijumapi berkecai itu bukanlah mayatnya!
Siapakah pihak tertentu itu? Pasti seorang yang memiliki kuasa yang besar, jika tidakan masakan boleh mengarah rekod imigresen dipadamkan begitu sahaja!
Sementara itu bapa Altantuya telah membuat laporan polise berkenaan perkara ini.
No comments:
Post a Comment