Di Dewan Rakyat semalam ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan telah bertanyakan Perdana Menteri berapakah perbelanjaan yang telah ditanggung oleh calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya kecil di Machap dan Ijok.
Dollah di dalam jawapan bertulisnya telah menyatakan bahawa di Macahap calon BN (MCA) telah berbelanja sebanyak RM89,955 manakala calon DAP sebanyak RM15,876. Manakala di Ijok calon BN (MIC) telah berbelanja sebanyak RM100,000 manakala calon PKR sebanyak RM86,300.
Saya tidak tahu samada orang lain boleh dengan senang hati menerima dan menghadam angka-angka Dollah ini, tetapi bagi saya, ianya sangat jijik dan mentah untuk perut dan akal saya menerimanya.
Katakanlah di Ijok, Dollah mendakwa calon BN cuma berbelanja RM100,000 iaitu tepat-tepat pada angka yang dihadkan oleh SPR. Baiklah kita tolak tepi segala perbelanjaan dan peruntukkan pembangunan yang telah ditabur dan dilempahkan di Ijok sepanjang tempoh berkempen. Itu duit kerajaan bukan duit BN, walaupun terang-terangan kita tahu BN selaku kerajaan telah mengarahkan duit kerajaan itu dipergunakan untuk memenangkan calon mereka.
Bagaimana dengan perbelanjaan lain? Siapa yang membiayanya?
Setiap 22 bahagian Umno di Selangor mempunyai rumah persinggahan atau Bilik Gerakan masing-masing di Ijok, makan-minum, hiburan dan berbagai lagi disajikan tanpa henti-henti di 22 pusat ini. Begitu juga setiap negeri mempunyai rumah persinggahan atau Bilik Gerakan masing-masing lengkap dengan sepanduk dan hiasan, khemah-khemah, makanan dan lain-lain.
Kos untuk rumah-rumah ini serta makan-minum, poster, hiasan dan hiburannya dibiaya oleh siapa?
Begitu juga Pemuda Barisan Nasional mempunyai bilik gerakannya disamping MIC dan lain-lain parti komponan termasuklah Kesatuan India Muslim Malaysia atau KIMMA yang terang-terang membantu calon BN. Ini tidak termasuk pertunjukkan pentas, artis-artis yang diimpot, pesta hiburan di estet-estet, karaoke, kelas memasak dan rombongan berbas-bas petugas BN/Umno/MIC yang keluar masuk ke Ijok sepanjang tempoh berkempen.
Itu belum mengambil kira poster-poster calon, kain rentang, pintu gerbang, belon raksaksa, sepanduk, tshirt, bendera, kos perarakan semasa penamaan calon, kos berkumpul dan menjerit-jerit dengan tshirt, sepanduk, duit rokok, elaun dan makan sepanjang hari mengundi. Jangan lupa elaun para petugas BN samada di pondok panas, sebagai polling dan counting agent.
Takkanlah semua perbelanjaan ini cuma berjumlah RM100,00!
Saya yakin kalau kita kira khemah-khemah, termasuk kerusi-meja yang disewa oleh BN untuk para petugasnya di seluruh Ijok (sehinggakan pembekal khemah di Kuala Selangor kehabisan khemah sepanjang tempoh berkempen) itu sahaja mungkin telah mencecah RM100,000 tidak termasuk sewa rumah dan bangunan.
Mungkin ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu meminta PM agar memberikan BREAKDOWN atau perincian kos RM100,000 yang dibelanjakan oleh calon BN di Ijok itu. Kerana setahu kita dari pengalaman sejak dari Pilihanraya Umum pertama, jentera dan petugas BN tidak pernah bekerja tangan kosong, busuk-busuk duit rokok akan disuakan ke tangan masing-masing. Tetapi tahun 2007 ni takkanlah contohnya Pemuda BN sanggup berhabis-habisan terpekik-terlolong pada hari mengundi dengan sekadar RM10 seorang duit rokok?!
Kesimpulannya samada Dollah sedar atau tidak, atau memang Dollah diperalatkan oleh juak-juaknya, angka RM100,000 yang beliau umumkan di Parlimen semalam sebagai perbelanjaan calon BN di Ijok itu ternyata tidak masuk akal.

No comments:
Post a Comment