Adakah gandingan ulama dan umara itu di Malaysia?
Semalam ketika merasmikan Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) PM Dollah Badawi berkata gandingan ulama dan umara (pemimpin) yang terbukti berjaya membawa kemajuan kepada negara sejak 50 tahun lalu akan terus dipertahankan.
Saya yakin ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Dollah itu? Sejak bila pula Malaysia dari zaman Tunku hinggalah ke zaman beliau kini sebagai PM menggabungkan institusi ulama dan umara sebagaimana didakwa itu? Apakah kerajaan Umno/Perikatan dan kini Umno/BN mengamalkan mekanisma ulama dan umara dalam pentadbiran mereka?
Kata Dollah contoh gabungan ulamak dan umara ini adalah dalam kes Tabung Haji, dimana menurut beliau:
Gandingan orang agama dan mereka yang boleh mentadbir sudah berlaku dalam sejarah kita seperti penubuhan Tabung Haji yang merupakan hasil idea antara Profesor Diraja Ungku Aziz yang mewakili kerajaan dan Sheikh Al-Azhar dari Mesir yang mewakili ulama.
Jikalah ini satu hujah Dollah untuk mengukuhkan pandangannya, maka marilah kita raikan. Tabung Haji memang satu usaha gandingan ulamak dan umarak. Selain itu? Adakah Tabung Haji sahaja satu contoh dalam usia 50 tahun Merdeka ini?
Saya duduk menyangka kenyataan Dollah itu lebih merujuk kepada gandingan ulamak dan umara dalam mebangunkan negara sebab setahu saya hanya dizaman Tun Dr Mahathir sahaja ada dilantik Penasihat Agama kepada PM (tidak pernah ada jawatan itu dizaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussien) itupun tidak nampak sebutir apa pun nasihat yang boleh dianggap sebagai mempertahankan Islam dan membangunkan negara atas nama Islam.
Umara memimpin dan ulamak menegur dan memberikan panduan supaya kepimpinan tidak tergelincir keluar dari landasan agama. Nasihat Ulamak tidak boleh ditolak atau dikesampingkan kecuali terbukti ia tidak berteraskan tafsiran sebenar nas dan hukum. Tanpa mahu menyinggung FEEL GOOD FACTOR yang sedang Dollah kecapi ketika ini, maaf tetapi saya merasakan dizaman Dollah lah ketara umara dan ulamak semakin renggang dan pandangan ulamak diterima dingin dan kadangkala disepak ketepi begitu sahaja.
Di zaman Dollah kita mendengar institusi Mufti mula dipertikaikan sehinggakan parti komponan BN yang bukan Melayu boleh mengusulkan agar seorang Mufti dipecat. Kebimbingan mufti dan para ulamak berhubung trend gejala riddah (murtad) yang semakin ketara, diperlekehkan dan malah ada kalangan pimpinan Umno yang mempertikaikan kajian dan angka-nagka mufti secara terbuka.
Konsert dan hiburan liar yang ditegur oleh mufti dan para ulamak diteruskan juga atas nama komersil dan permintaan ramai.
Institusi ulamak sebenar sering ditenggelamkan dalam memberi tafsiran dan pandangan Islam, sebaliknya yang lebih diraikan adalah individu dan NGO yang hanya Islam pada nama umpama Sisters in Islam, Dr Chandra Muzaffar dan seumpamanya.
Kerana itu saya tidak dapat menerima bahawa gandingan ulama dan umara wujud dalam pentadbiran negara. Apa yang ada pada hari ini hanyalah seorang PM yang mempunyai latarbelakang akademik pengajian Islam, yang asyik dengan konsep Islam Hadhari cipataannya, itulah sahaja yang bercitarasa Islam, selebihnya pahit, masin, masam beranika ragam. Jadi apalah yang mahu dipertahankan pada perkaa yang tidak wujud samasekali?
No comments:
Post a Comment