Saturday, July 02, 2005

MAHALEEL DIGILIS NAZA

Pak Lah kata keputusan dari hal kedudukan Tengku Mahaleel sebagai CEO Proton adalah masalah Lembaga Pengarah Proton bukan beliau.

Rafidah Aziz berkata Kementerian beliau tidak ada kena mengena dengan Proton.

Tiba-tiba nama Proton, syarikat perindustrian otomobil nasional timbul ekoran ura-ura kononnya CEOnya telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap melampau, mempertikaikan dasar kerajaan dan berbagai lagi. Nasib Tengku Mahaleel orang kesayangan Dr Mahathir kini terkontang-kanting.

Saya tidak berhajat menyebelahi mana-mana pihak, tapi untuk berlaku adil kepada Tengku Mahaleel apakah yang sebenarnya telah beliau perkatakan sehingga murka banyak pihak?

NST hari ini mengeluarkan sedutan temuramah beliau dengan Oriental Daily antaranya:

-Jika orang sudah tidak lagi berbangga dengan kereta nasional, Proton boleh gulung tikar atau diambil alih oleh syarikat asing.

-(Pemasangan otomobil dan pengilangan otomobil adalah dua industri yang berbeza) Pemasangan otomobil bermakna anda perlu hanya screwdrivers, tidak perlu jentera dan kilang enjin. Jika kerajaan Cuma mahukan pemasang otomobil. Kita boleh mengambil kereta Mitsubishi lekatkan logo Proton dan katakan ini kereta Proton

-Di Malaysia projek kereta nasional telah berusia 20 tahun, namun kita masih tidak tahu bagaimana mahu mengerjakannya. Ini adalah masalah serius.

Cuba kita fikir-fikirkan perkara yang diutarakan beliau itu. Semacam ada kebenarnnya. Seolah-olah membayangkan Naza dilindungi lebih dari Proton, begitulah kira-kiranya.

No comments: