Thursday, July 28, 2005

PAK LAH DAN RAFIDAH LARI DARI PEMBERITA

Satu perkara penting dalam dunia yang serba bertamaddun dan pesat membangun hari ini adalah penyampaian dan penyibaran maklumat. Hanya melalui peyampaian dan penyibaran maklumat yang terkini dan semasa berulah rakyat dikira berada pada tahap terkehadapan dan bermaklumat.

Lazimnya rakyat yang mundur dan beku pemikiran dilahirkan dalam masyarakat yang serba terkongkong dan buta maklumat.

Hari ini isu AP kereta dan industri kereta nasional sedang hangat diperkatakan oleh rakyat jelata. Kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat akan situasi yang sebenar dan rakyat memang berhak mengetahu apa yang sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku.



Semasa bekas PM dan Penasihat Proton Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbarnya baru-baru ini kedua-dua PM dan Menteri Perdagangan Antarabangsa berada di luar negara. Dr Mahathir telah mendedahkan kepada rakyat beberapa perkara berhubung isu panas ini yang dirasakan tepat terkena pada pihak kerajaan terutama Pak Lah sebagai PM dan Rafidah sebagai menteri yang berkenaan.

Pendedahan dan pertuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir itu memerlukan penjelasan dari kedua-dua Pak Lah dan Rafidah. Ianya serius dan mencabar kewibawaan kerajaan yang ada pada hari ini.

Walaubagaimanapun kedua-dua Pak Lah dan Rafidah yang pulang ke tanahair kira-kira jam 12.15 tengahari tadi enggan membuat kenyataan kepada para pemberita. Tindakan itu bermakna juga mereka enggan berkongsi maklumat dengan rakyat.

Menurut THE STAR ONLINE:

The Prime Minister, who arrived at 12.15pm Thursday, stopped for a moment on his way out of the air movement building and told reporters that he had nothing else to add to what he had said in Johannesburg earlier.

I will have to read newspaper reports first, he said.

Yang lebih mengecewakan lagi Rafidah pula telah dilaporkan secara senyap-senyap lari dari para pemberita, hanya apabila bila telah masuk ke dalam kenderaan rasminya barulah disedari yang beliau telah berjaya melepaskan diri dari kepungan para pemberita dan sempat melambai-lambai kepada mereka dalam keadaan kenderaannya meluncur pergi.

Mengapa perlu tergopoh-gapah lari dan mengelakkan diri seumpama itu? Apa yang nak disembunyikan lagi? Rakyat kini dahagakan kebenaran, mengapa Pak Lah dan Rafidah tidak bersedia menjelaskan kedudukan?

Ringkasnya saya kira kredibiliti pimpinan negara begitu rendah dan memalukan apabila bersikap sedemikian rupa kepada wakil-wakil akhbar negara sendiri! Inilah yang dikatakan negara dunia pertama tetapi mentaliti dunia ketiga!

No comments: