Sunday, July 24, 2005

KINI GILIRAN RAFIDAH PULA DI BOO

Pertama kali saya kira rakyat Malaysia melihat secara langsung seorang pimpinan tertinggi Umno berucap tetapi di boo dan disorak oleh ahli-ahlinya sendiri (tahun lepas Khairy Jamaluddin di boo oleh perwakilan Pemuda tetapi tidak disiarkan secara langsung).



Rafidah Aziz, Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa sebagaimana dijanjikan cuba meyakinkan para perwakilan darihal isu AP yang membabitkan kementerian beliau ketika menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno yang selesai petang tadi.

Ucapan dan penjelasan Rafidah itu diganggu oleh tempekkan para perwakilan sehingga pengerusi tetap terpaksa camputangan hampir sepuluh kali sepanjang ucapan Rafidah itu.

Walaubagaimanpun sejauh manakah penjelasan Rafidah itu telah meyakinkan para perwakilan Umno termasuklah rakyat jelata terus dipersoalkan.

Berdasarkan temuramah yang dibuat oleh siaran-siaran TV tempatan rata-rata para perwakilan Umno yang keluar dari Dewan Merdeka PWTC merakamkan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap penjelasan Rafidah.

Rafidah tidak menyentuh atau mengaitkan penjelasan beliau berdasarkan isu-isu yang bersarang dibenak pikiran ramai. Antaranya apa yang pernah dicetuskan oleh Dr M yang telah mempertikaikan bagaimana AP boleh diberikan secara berleluasa menjangkau 64,000 pada tahun 2004 sahaja yang menurut Penasihat Proton itu menjejaskan industri kereta nasional.

Bagaimana pula dengan kereta-kereta yang diimpot berdasarkan pemberian AP ini yang telah di under declare (di isytihar secara palsu) sehingga membawa kerugian besar kepada kerajaan.

Bagaimana pula keputusan membenarkan kereta yang memiliki cuma 40 peratus bahan tempatan sebagai layak untuk status kereta nasional bertaraf bebas cukai untuk pasaran AFTA sedangkan ianya bukan keputusan kabinet (sebagaimana didakwa Dr M).

Dan bagaimana kuota AP berpuluh ribu boleh diberi cuma pada individu pengusaha-pengusaha tertentu sahaja. Sehingga seorang pengimpot boleh memegang francais kepada lebih satu jenama kereta, tanpa kawalan, kata Rafidah MITI sekadar mematauhi perjanjian francais kalau 1,000 maka 1,000 lah diberikan!

Malah bila para perwakilan minta agar beliau sentuh isu kaitan dengan Proton, dengan selamba Rafidah menjawab itu tidak ada kena mengena dengan kementerian beliau.

Oleh itu tidak hairanlah bila ramai yang tidak berpuas-hati dengan penjelasan Rafidah itu.

Semasa ucapan penggulungan beliau Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak tidak sentuh secara khusus isu ini cuma beliau mengungkapkan balik istilah sacred cow (lembu suci) yang digunakan oleh wakil Terengganu ketika menyentuh isu AP dalam perbahasan beliau. Kata Najib jangan lagi ada lembu-lembu suci dikalangan orang-orang tertentu.

Kata beliau lagi:

Kerajaan hari ini berpendirian tidak ada sesiapa yang tidak boleh dilakukan tindakan terhadap mereka. Kalau lembu itu dah ada penyakit, penyakit kuku dan mulut eloklah lembu itu dikorbankan sahaja. Jangan bimbang kalau sesiapa buat salah tindakan tetap diambil.

Siapa lembu itu tak tahulah. Tetapi berbalik kepada isu AP ini setelah diboo dan disorak sedemikian rupa, sama-samalah kita saksikan samada Rafidah yang telah genap 30 tahun menganggotai Majlis Tertinggi Umno itu akan korban atau bagaimana.

No comments: