Monday, July 04, 2005

BELIA MELAYU JUARA GEJALA NEGATIF
DASAR UMNO GAGAL

Di dalam ucaptama beliau ketika merasmikan Kolokium 3K Belia Kebangsaan anjuran Biro Belia dan Sukan, Majlis Tertinggi Umno di Bangi Sabtu lalu Azalina Othman selaku pengerusi biro berkata:

Melihat kepada bilangan yang tinggi ini (merujuk kepada angka pembabitan belia Melayu dalam gejala negatif), saya hairan, adakah dasar Umno terhadap orang Melayu dan belia selama ini salah atau dasar betul tetapi perlaksanaannya salah.



Sebelum itu kolokium diberitahu darihal angka belia Melayu yang terjeremus ke dalam angkara gejala negatif adalah seperti berikut:

- Belia Melayu yang terbabit dengan kes dadah (kes baru) 12,404
- Belia Melayu pembawa HIV 42,068
- Belia Melayu mengidap AIDS 4,996

Kalau demikianlah angka-nagka rasminya, kesimpulan yang dapat kita buat, memang dasar Umno terhadap orang Melayu dan belia selama ini gagal! Kalau dasarnya telah gagal, perlaksanaan baik macam mana pun akan gagal jua.

Kerana gagallah barangkali kerajaan berusaha pula untuk memberikan jarum dan kondom percuma kepada para pengidap AIDS dan pembawa HIV. Bermakna kita akan berterusan berada dalam kegagalan dan kegelapan sehingga semakin gelap dan punah masa depan bangsa.

Azalina perlu insaf bahawa orang Melayu ini rata-rata penganut Islam. Datuk nenek kita tunduk dan menerima Islam kerana mereka yakin hanya Islam yang dapat membentuk dan menyelamatkan diri, jiwa dan peribadi mereka dan anak cucu mereka. Lantaran itu kita perlu kembali kepada Islam khususnya dalam bab penting seperti membentuk dan mendidik para belia, tunas-tunas bangsa di masa depan ini.

Belia Melayu sudah hilang daya ketahanan dirinya, mudah hanyut dengan angan-angan dan keseronokkan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dan implikasi. Bukan hanya angka mereka yang terbabit dengan gejala negatif sahaja orang Melayu teramai, tetapi yang gagal dalam peperiksaan, menganggur, gagal dalam perniagaan dan lain-lain yang negatif belaka, semuanya Melayu yang terbesar. Bergaduh, buli, berpukul-pukulan sehingga mati semuanya memababitkan belia Melayu.

Azalina perlu akur bahawa salah satu faktor utama yang mencetuskannya adalah kerana belia Melayu semakin jauh dan terpinggir dari Islam. Pembuat dasar pun tidak memandang penting akan asuhan agama, kita lihat program PLKN pun tidak menitikberatkan bab ini. Agama mahu dijadikan amalan peribadi semata-mata, sesuatu yang sekadar menjadi opsyen diuna atau diamal hanya apabila perlu.

Kita perlu jujur bahawa memang dasar Umno dalam hal ini gagal dan akan terus gagal melainkan kita kembali kepada Islam. Azalina pun perlu sama menerima dan menerapkan nilai-nilai dan amalan Islam di dalam hidupnya, insyallah barulah dia sendiri akan dapat menyaksikan hakikat bahawa Islam ini adalah penyelesai kepada semua masalah. Bila tuan punya badan sendiri dah lihat barulah dia dapat memeprkenalkannya pula kepada masyarakat dan negara.

Kembalilah kepada Islam.

No comments: