WANITA DIPERAGA UMPAMA LEMBU DAGING
Pertandingan ratu cantik itu bukanlah budaya ataupun adat mana-mana kaum yang terbesar di Malaysia. Lazimnya dalam pertandingan seumpama ini, kaum wanita yang menjadi peserta akan memperagakan tubuhnya untuk diadili oleh para hakim yang dilantik oleh penganjur.
Para peserta akan mengenakan berbagai pakaian dan biasanya kesesuaian tubuh badan, paras rupa disamping pakaian tadilah yang akan diambil kira oleh para hakim untuk menentukan pemenangnya.
Tidak ada bakat yang diperlukan, yang perlu cumalah tubuh badan yang mengiurkan disamping paras rupa yang cantik dan menawan.
Tidakkah ini semua menunjukkan betapa pertandingan seumpama ini sebenarnya mengeksploitasi wanita, merendahkan martabat kaum wanita seolah-olah menjadi bahan dagangan demi memuaskan nafsu dan keuntungan pihak-pihak yang berkepentingan.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal Miss Tibet yang tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Tourism Pageant Malaysia ataupun Pertandingan Cantik Pelancongan Malaysia yang sedang berlangsung di Kuching sehingga 23 Julai 2005 ini.
Mengapa pertubahan wanita, NGO yang berjuang untuk hak kaum wanita, Kementerian Wanita berdiam diri apabila sesama kaum hawa diperagakan dalam keadaan yang sunguh tidak bermaruah, bagaikan komoditi, bagaikan lembu daging.
Takkanlah dalam kesungguhan kita mahu menjadikan negara sebagai sebuah negara maju bertaraf dunia, namun amalan jahiliyah yang kuno dan tiada peradaban itu mahu terus kita amalkan.
No comments:
Post a Comment