Thursday, July 21, 2005

HISHAMUDDIN: KERIS TERHUNUS DI TANGAN

Bayangkan jika Salehuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS berucap dalam Mukatamar Dewan Pemuda sambil keris terhunus ditangan. Pasti pihak media termasuklah dari peringkat antarabangsa melabel PAS sebagai parti pengganas, terrorist dan apa-apa lagi yang mengemparkan.

Namun semalam Ketua Pergerakan Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien, di depan mata ramai berucap sambil memegang keris ditangan, mengeluarkan ucapan berapi-api antara lain:

Kita berjanji akan kita pelihara keris ini untuk warisan masa depan Pemuda, Umno dan Melayu (yang disambut dengan pekikan Hidup Umno, Hidup Melayu dan Allahu Akbar oleh para perwakilan)

Menerusi Keris Panca Warisan ini, kita mengisytiharkan tekad baru Pemuda untuk memastikan Umno terus diperkasa, orang Melayu akan terus dibela, kemerdekaan negara dipertahankan dan Islam dimartabatkan.

Sudah tiba masa keris ini diisi dan ditiup dengan semangat baru demi mempertahan hak, menegak kedudukan dan memperteguhkan jati diri Melayu

Keris adalah senjata tradisional Melayu, selain digunakan dalam upacara-upacara rasmi sebagai simbol adat warisan Melayu ianya tidak ada kegunaan lain selain sebagai senjata untuk menikam musuh ataupun lawan. Tidaklah dapat dipastikan apa maksud Ketua Pemuda Umno memegang keris sedemikian semalam. Siapakah yang mahu ditikamnya?

Yang pasti kalau Salehuddin yang berbuat demikian dan mengeluarkan pula kata-kata berapi-api, nasibnya tidak akan sama sebagaimana Hishamuddin. Kalau tidak hari ini barangkali esok atau lusa beliau berkemungkinan dirihatkan sebagai tetamu Yang Di pertuan Agung di Kamunting dan berkemungkinan juga Parlimen akan mengeluarkan pula Kertas Putih bagi membuktikan pertuduhan bahawa PAS dan pimpinannya memang parti pengganas, alamt gelaplah masa depan mereka.

Demikianlah lakunya suasana dalam negara kita yang dicintai. Kerana itulah kalau pemimpin Umno mengunakan rasuah untuk membeli jawatan mereka dilucutkan jawatan, tidak disiasat atau diambil tindakan oleh BPR. Akan tetapi sesiapa sahaja yang lain, pasti akan diseret ke mahkamah dan dipenjarakan!

No comments: