KEMPEN TAK NAK:
RM50 JUTA HANGUS BAGAI ABU ROKOK
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dari DAP semalam memeprtikaikan keberkesanan kempen anti merokok TAK NAK yang dilancarkan oleh kerajaan. Tan mempertikaikan bagaimana kempen ini mahu dikira serius sedangkan kerajaan telah memberikan keizinan pula untuk penganjuran Ekspo Dunia berkenaan Tembakau pada November ini. Negara-negara seperti Bangladesh dan India enggan menjadi tuan rumah ekspo ini!
Kempen anti merokok anjuran kerajaan bertemakan TAK NAK ini telah dilancarkan oleh Pak Lah selaku PM pada bulan Febuari 2004 sebagai usaha mengatasi masalah kesihatan rakyat negara ini akibat pengambilan tembakau. Keika pelancarannya dahulu kerajaan melalui Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM20 juta bagi mempromosi dan melaksanakannya.
Akhbar UTUSAN bertarikh 29 April lalu memuatkan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan Dr Abd Latiff Ahmad yang mengakui bahawa:
Namun didapati perkara itu (kempen Tak Nak) tidak berkesan, malah ia gagal mengatasi masalah penggunaan tembakau di negara ini.
Yang peliknya dengan belanja RM20 juta kementerian mengakui kempen tersebut masih gagal kini bagi tahun 2005 diberitakan kerajaan memeprtingkatkan lagi peruntukkan iaitu kini sebanyak RM30 juta untuk kempen yang sama. Jadi sehingga kini apakah kejayaannya?
Kata Tan kerajaan perlu mengakui bahawa sesungguhnya ia telah gagal melakukan kajian yang berkesan untuk memahami masalah penggunaan tembakau ini.
Setiausaha Parlimen kementerian ketika menjawab pertanyaan Tan mengatakan:
Kempen TAK NAK ini dikatakan berjaya kerana menurut kajian 80 peratus respondan dapat memahami mesej kempen ini.
Kalau setakat faham mesej sahaja tapi penggunaan tembakau terus berleluasa tak jadi juga. Tambahlah peruntukkan sehingga RM50 juta sekalipun dan buatlah poster sebesar gunung dan iklan di TV lebih 1 jam namun kalau tabiat merokok dan aktiviti penjualan rokok terus maju, sia-sialah namanya!
THE TAK NAK CAMPAIGN
RM 50 MILLION BURNT
Cheras member of parliament from DAP, Tan Kok Wai yesterday questioned the effectiveness of the government run anti smoking campaign – TAK NAK. Tan questioned the seriousness of the campaign when at the same time the government allowed the World Expo on Tobacco to be held here in November. Countries like Bangladesh and India infact declined to be host to such an event.
The TAK NAK anti smoking campaign organized by the government was launched by PM Pak Lah in February 2004 as a measure to overcome heath problems related to tobacco usage. During its launch then the government through the Health Ministry allocated RM20 million to promote and carry out the campaign.
UTUSAN 29th April 2005 reported that the Deputy Health Minister Dr Abd Latiff Ahmad admitted that:
It (the TAK NAK campaign) was considered ineffective, infact it failed to overcome problems related to tobacco usage in the country.
Amazingly after spending RM20 million and admitting that the campaign failed yet for 2005 it was reported that the government has increased allocation for the campaign to RM30 million. What is the success to date?
Tan said the government should admit that it had not carried out adequate research to understand the problems related to tobacco usage.
The Parliamentary Secretary in his reply to Tan said:
The TAK NAK campaign was successful based on survey findings which showed that 80% of the respondents were able to relate to its message.
Merely understanding the message alone without having any effect on tobacco usage will not do. You may allocate up to RM50 million, erect super giant sized posters and do a one hour promotion on TV yet if it has no impact on smokers and its supply network, your effort say to say is a total failure!
No comments:
Post a Comment